Monday, 29 August 2011

Sepah Berpecah... Aduhai...

Dalam sibuk2 duk buat persiapan raya...
Semalam aku dikejutkan oleh sorang teman forumer ttg perpecahan kumpulan lawak Sepah yang menjadi kegilaan kami...
Adussss...!!! Nape di saat nak raya nie aku bole dgr berita yang sgt sedih cam nie...

Merujuk kepada kawan aku tuh...
Dia baca suratkabar Berita Harian...
Namun dia tepekkan artikel daripada blog beatifulnara yang menceritakan ttg perkara tuh...
Siyes aku terkejut badak...Kecewa...Sedih...Sayu...Sentap...
dan bermacam2 lagik laa...


Berikut ialah kata-kata Jep Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jep ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Aku hilang kata2...
Selama nie aku dan beberapa orang kawan gigih menggerakkan benang Sepah di forum...
Kami minat Sepah seikhlas hati...
Kami mengikuti perkembangan Sepah setiap inci...
Tapi kenyataan2 macam nie wat aku luluh hati...
Banyak perkara terlintas di benak aku nie...


Pertama, Jep ketua kumpulan Sepah kah...
Aku mengikuti Sepah sejak mereka dalam Raja Lawak 3 lagik...
Gigih jugak la aku undi diorang sampai berjaya jadi juara...
Dalam mana2 artikel yang aku baca tak pernah dinyatakan Jep adalah ketua...
Cuma selalunya ditulis Jep bercakap mewakili kawan2nya...
Wakil itu bermaksud ketua ker...
Atau aku yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia...

Tak dinafikan dalam byk2 anggota Sepah, Jep la yang paling aku minat...
Bukan sejak Maharaja Lawak tapi sejak Raja Lawak lagik...
Boleh la dikatakan tahap gilerkan dia jugak sampai konon2 kami berebutkan Jep kalau lepak kat forum...

Tapi kali nie aku amat kecewa dgn kenyataan Jep...
Tak kisah lah kalau mmg ada masalah disiplin atau apa pun...
Tapi tak perlulah sebutkan cukup sekadar kata ada masalah dalaman atau takde persefahaman...
Itu lebih baik untuk semua kan...

Tentang Mamat...
Berikutan prestasi Mamat yang kurang menyerlah masa Maharaja Lawak ramai yang melabel mamat tiang la pak pacak la prop la dan apa jua yang sewaktu dengannya...
Ditambah pulak Mamat baru2 nie ada kes percintaan yang agak hangat...
Dia banyak dikutuk di laman maya nih...

Itu hal peribadi dia...Lantak la khennn...
Tapi mungkin ramai tak tahu Mamat adalah tonggak utama Sepah masa Raja Lawak 3 dulu...
Aku tak rasa Mamat takde bakat, tak lawak, takde idea...
Tapi hati aku kuat merasakan Mamat tak diberi peluang utk menggunakan idea dia n tak diberi peluang utk pegang watak yang byk dalam setiap sketsa...
Mungkin aku silap...Nie cuma firasat aku jer...
Selain itu contoh lain, dalam kes berpecah nie ada kenyataan dari Jep n Shuib tp nape takde kenyataan dari Mamat...
Adilkah untuk dia...

Shuib pulak...
Aku cukup kesian dgn Shuib...
Kenyataan dia punya la sayu giler...
Shuib anak tunggal yang sentiasa perlukan kawan2 dalam hidupnya memandangkan dia takde adik beradik lain...
Menurut teman forumer aku yang tgk Gala TV kat Astro Ria Shuib n Sarah beria2 benar menidakkan desas desus yang mengatakan Sepah akan berpecah...
Tapi apa dah jadi...
Memang ada fakta yang mengatakan Shuib dapat job paling banyak banding yang lain tp aku yakin Shuib tak nak Sepah berkubur macam tu jer...


Tentang aku...
Senang jer...Aku selalunya takkan memberi peluang sesuatu perkara berlaku sampai 3 kali...
Masa shooting Gegar Raya isu berpecah nie dah disebutkan di 3 buah akhbar...
Tak lama lepas tuh ianya dinafikan dan aku percaya...
Skg seantero peminat Sepah direntap dgn kenyataan berani mati dari Jep...
Di sana sini peminat merayu2 supaya batalkan niat itu...
Bagi aku buatlah apa yang terbaik yang dapat difikirkan saat ini...
Namun aku tetap mendoakan agar Sepah tidak berpecah...
Harapan aku yang takkan pernah berpenghujung...
Dan kalau pun benar2 berpecah sokongan aku pada Jep, Mamat n Shuib tak pernah berbelah bahagi...


Nota Kaki : Bagi aku kenangan tu suatu yang amat tinggi nilainya. Jep n Mamat dah kawan sejak kecik lagik. Kenang lah waktu tu pasti banyak memori indah yang dah dikongsi berdua... Aku saje letak gambar2 lama sbb mungkin lepas nie gambar2 tu tinggal memori jer...




2 comments:

^pARi-pARi^ said...

sedehhh..sedehhh....sedehhh...satu-satunya perasaan yg mewakili perasaan di hati...
hanya sedehhh..

Loki said...

Memang sedih Farah...
Tapi tu la kite tak bole kawal perasaan orang lain mengikut kehendak hati kite aje khennn...
So, pilihan yang ada hanyalah pasrah :(