Wednesday 26 June 2013

Mula Di Mana...

Terlalu banyak perkara...
Tapi aku tak tau nak mula kat mana...
Sebenarnya tak pasti patut menulis di sini atau tidak...
Takut ada pemerhati yang membaca blog aku nie...

Kalau nak diluah betul2 perasaan aku kebelakangan nie...
Rasanya aku dapat hasilkan lebih 42 post sehari kot...
Dalam kadar yang panjang2 pulak tuh...
Nampak kan terlalu banyak cerita...

Ya, hakikatnya aku seorang yang banyak memendam...
Aku turun dari langit dengan sifat semula jadi itu...
Bagus juga sifat tu sebenarnya...
Tak melukakan hati orang walaupun hati sendiri yang sakit...

Tak bagusnya sifat semula jadi tu pulak...
Aku akan bertahan sehingga tempoh waktu yang aku mampu sahaja...
Habis tempoh tersebut segala2nya akan jadi bubur...
Ya, tempoh tu bukanlah seminggu atau berbulan sahaja...

Ia melibatkan beberapa tahun yang agak panjang juga...
Isu yang kecil pada pandangan setengah orang...
Tapi percayalah tiada apa isu yang kecil di atas muka bumi ini...
Bergantung kepada kadar keperluan seseorang kepada perkara tersebut...

Ini terbukti dalam filem 'The Wedding Singer'...
Aku tengok filem nie sebulan lepas kot...
Isunya cuma duduk tepi tingkap masa dalam kapal terbang...
Nampak sangat kecil kan isu tersebut...
Sapa duduk tepi tingkap dapat tengok permandangan...
Yang duduk tengah pulak sikunya akan terlanggar dengan troli makanan...
Aku setuju sangat,
memang takde perkara yang boleh lebih kurang dalam hidup nie...
Dan kita tak perlu jadi pihak yang berlebih kurang tersebut...

Aku ni layak jumpa pakar psikiatri kot...
Tak perlu cakap banyak tapi cuma perlu nangis semahu2nya depan pakar tu...
Kekdah nak bayar mahal2 tuk nangis je kan...
Ya la, tak tau nak mula kat mana so tangisan adalah penawar...

Aku perlu cari kegembiraan sendiri nampaknya...
Di sinilah masalahnya bila ada duit tapi kita tiada kehidupan...
Apa pun tak guna, apa pun tak boleh...
Aku tak nak libatkan orang sekeliling, tak bermaruah namanya...

Dunia sebenar terlalu perit untuk aku luah pada sesiapa pun...
So, okey kot kalau aku merapu dalam blog nie...
Eh, blog aku kan... Suka hati aku laa...
Kalau sapa2 yang berkaitan stalk kat sini lantak la korang...

Buh la gambar, takkan entri takde gambar pulak kan... Hehe...!!!

No comments: