Monday 31 October 2011

Berdua Bersatu ~ Forteen

Dah lama aku tak rasa macam nie...
Dah lama aku tak menangis...
Dah lama aku tak rasa sebal di dada...
Dah lama aku tak rasa 6 tahun lebih muda daripada usia...


Sebelum nie aku dah dengar lagu nie kat Astro...
Seperti biasa aku tak ambik pusing...
Kakak aku kata lagu nie cam lagu2 KRU...
Aku tak ambik kisah sangat...
Cuma aku cam la sorang tuh ialah Rizu yang penah masuk OIAM dulu...
Beberapa hari lepas aku dengar lagu nie kat radio Era...
Cam best jer sebab mengingatkan aku pada lagu Juliana Banos dan Indigo Sehidup Semati dulu2...

Kumpulan Forteen...

Balik rumah aku carik lagu nie kat utube...
Harus la ada khennn takkan takde pulak...
Dengan bangganya aku klik add to favorites terus masuk playlist...

Baru jap tadik aku berkesempatan dengar dengan menghayati liriknya...
Maka tak semena-mena terlahirlah 4 baris ayat yang kat atas tuh...
Seingat aku kali terakhir aku rasa macam nie bulan puasa lepas...
Masa tuh aku dengar lagu Di Saat Aku Mencintaimu oleh Dadali...
Siap wat entri gak tuh...Haha...!!! Klik Sini

Weh...!!! Jangan macam nie...
Sok nak pegi kursus kena happy2...


kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu

atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah

walaupun melawan arus
kita berdua bersatu

seringkali ku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapi ku tidak mahu
cinta selain darimu


jika denganmu salah
ku tak mahu yang benar
jika denganmu rebah
biarlah ku tercalar
walau dilanda badai
ku sanggup kerna ku mampu
kita berdua bersatu

jika denganmu kabur
ku tak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas

walau dilanda ribut
kusanggup kerna kumampu
kita berdua bersatu

Nota Kaki : Budak yang mula2 nyanyi tu comey laa...Muka dia macam Nubhan dan suara dia pun sedap...Sape nama dia ekh...

Hari 2 ~ 10 Perkara Yang Awak Sayang

  1. Saya sayang diri saya
  2. Saya sayang segala kenangan lalu
  3. Saya sayang mak + arwah abah
  4. Saya sayang kakak2 saya
  5. Saya sayang anak2 saudara
  6. Saya sayang kerjaya saya
  7. Saya sayang kereta saya
  8. Saya sayang kad kredit saya
  9. Saya sayang komputer riba + Streamyx saya
  10. Saya sayang pencipta saya

Sunday 30 October 2011

Diari Ahad...

Ahad yang bungkam...
Dah seminggu aku tak pegi keja...
Walaupun tak pegi keja tapi cam takde apa yang berfaedah aku buat pun...
Semalam sehari suntuk aku pegi kelas...
Jumpa pensyarah jumpa penyelia...
Pun tak dapat apa2 sebab pening jer wat kira2 matematik...
Yang best sebab jumpa kawan2 dan gossip2 jer...Haha...!!!


Hari nie tengah hari baru bangun...
Ye la tidurnya pun dah subuh...
Standard la khennn...
Aku habiskan hari nie dengan main permainan kat fesbuk...
Sebenarnya memang tiap2 hari pun aku buat menda tuh...Haha...!!!
Aku habiskan hari nie dengan tengok Melodi dan Galaksi ulangan...
Memang hobi aku tengok tibi pun...Hehe...!!!
Aku habiskan hari nie dengan mengemaskini blog aku...
Hari tu tulis entri tak habis jadik sambung hari nie...
Haa...Yang nie aku berharap agar aku dapat lepak kat blog hari2...


Esok Isnin...
Bermula minggu baru dan aku tetap tak pegi ke tempat keja jugak...
Sebab aku kena pegi kursus lima hari...
Rasa rindu pada kawan2 kat tempat keja...
Tapi nak buat macam mana khennn...
Nie pun salah satu bidang keja aku gak...

Maka dengan itu...
Selamat berkursus Cik Vis...
Aja...!!! Aja...!!! Fighting...!!!

Kumpulan Gersang ~ Man Bai, Kid, Acis, Jojet dan Man Greng

Ya Allah...!!!
Rindunya aku pada zaman kanak-kanak dulu...
Aku akui kadang kala aku berperasaan seperti itu...
Teringat2 zaman masih kecik dulu...

Dari kecik aku memang seiring sejalan dengan 2 orang kakak aku...
Bukan zaman dulu saje tapi skg pun kami masih sentiasa bersama...
Sampai sekarang kami masih selalu borak pasal zaman kecik2 termasuklah ungkit mengungkit sape buat tu sape buat nie...
Kalaupun ada yang aku tak suka tentang zaman lampau ialah kemiskinan...
Bestnya kalau boleh balik masa lampau tp kitorang ada duit macam skg...
Memang la tak mungkin tapi kalau aku ada mesin cahaya masa macam Doraemon memang aku jengah balik 25 tahun yang lepas...
Cite Doraemon tu rekaan aje so jangan berangan hoccay...!!!

Kalau nak disebutkan lagu yang paling sinonim dengan masa kecik aku haruslah lagu2 kumpulan Gersang...
Masa tuh Man Bai, Acis, Kid, Man Greng dan Jojet sangat popular...
Lagu Gersang yang meletup ialah masih aku terasa, suratan takdir, sunyi dan beberapa lagi...

...Masih Aku Terasa...
Serius boleh gugur air mata bila dengar lagu nie...
Dengar lagu nie sambil main pondok-pondok...

...Suratan Takdir...
Ingat lagik aku minat Acis masa nie...Hehe...!!!

...Sunyi...
Bagi aku lagu nie lagu Gersang yang paling best...
Gambar nie pun aku masih ingat lagik dalam majalah URTV...

Nota Kaki : Al-Fatihah buat arwah kawan/jiran sepermainan aku masa kecik2...  Dia meninggal masa lahirkan anaknya beberapa tahun dulu...

Mencari Template...

Hari nie aku cam takde keja sangat...
Motip la takde keja kan sbb assignment satu menda tak buat lagik...
Aku gi jengah blog sana sini...
Ternyata blog orang lain suma cantik2 belaka...
Terasa aku amat newbie dalam bab blog memblog nie (rosak bahasa wei...!!!)

Tergerak hati nak tukar template blog...
Cari sana cari sini...
Banyak yang cantik...
Kreatif2 belaka...
Comey2 belaka...
Tapi susah nak cari yang berkenan di hati...

Syarat aku yang nombor satu ialah berwarna oren...
Memang susah nak cari...
Atau aku yang tak reti...Hahaha...!!!
Maklum la dah kertu bukan reti sangat khennn...

Akhirnya, aku putuskan sendiri...
Template yang dah sedia ada nie pun dah cukup comey...
Ini template pertama yang aku reka dengan gigih walaupun terkebil2...
Orang kata yang pertama tu yang terbaik seperti jugak cinta pertama...
Betul ker...Ntah ler...


Warna coklat aku suka tapi oren lagik best kot...

Nie lawa tapi tak cukup oren...

Yes...!!! Nie oren tapi cam simple sangat kan...

Sangat comel... Mengingatkan aku pada cite Coffee Prince...

Nie ceria dan menarik tapi kaler ijau la pulak...

Kesimpulannya, cerewetnya aku...Hahaha...!!!
Apa pun, kepada yang nak cari template untuk blog leh la klik sini website untuk download template blog

Cabaran 10 Hari Di Blog...

Menjengah blog qisatulhayati aku terbaca tentang cabaran 10 hari di blog...
Rasa macam terpanggil nak buat jugak...
Walaupun aku blogger yang baru bertatih tapi tak salah rasanya nak mencuba...
Tapi aku ubah sikit ke Bahasa Melayu...
Takpe kot...

Hari 1 ~ 10 Perkara Tentang Kamu
  1. Seorang wanita 
  2. Cerewet bab makan
  3. Suka warna oren dan coklat
  4. Suka fabrik viscose
  5. Gile main farmville
  6. Pelepak tegar forum cari
  7. Suka tengok TV
  8. Suka tengok gelagat orang
  9. Suka bercerita
  10. Kaki wayang

Friday 28 October 2011

Johan Raja Lawak VS Johan As'ari

Beria jer kan tajuk entri nie...Hehe...!!!
Okey...Biar aku berterus terang...
Aku nak dedikasikan entri nie buat 2 orang Johan...

BIODATA JOHAN RAJA LAWAK
Nama Penuh ~ Mohamad Yazid Lim bin Mohamad Aziz
Tarikh Lahir ~ 13 Jun 1984
Asal ~ Ampang, Selangor
Pencapaian ~ Tempat ketiga Raja Lawak Musim Pertama, Naib Juara Maharaja Lawak dan Top 5 ABPBH
Isteri ~ Ozlyn Wati
Anak ~ Ali dan Soddiq


BIODATA JOHAN AS'ARI
Nama Penuh ~ Johan Arrif bin As'ari
Tarikh Lahir ~ 1986
Asal ~ Pulau Pinang
Pendidikan ~ Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia
Adik-beradik ~ Kedua daripada empat beradik
Kakak ~ Farah Alya As'ari


KERANA JOHAN AKU KENAL JOHAN
Aku minat Johan Raja Lawak dah lama...
Sejak berakhirnya Raja Lawak 1 lagik...
Masa tuh aku tak berkesempatan tgk RL secara langsung...
Bermula dari Lawaking aku terus minat Johan dan Zizan secara pakej sampailah sekarang...

Tentang Johan As'ari pulak aku kenal sebab Cinta Elysa...
Aku tertengok Cinta Elysa sementara tengah tunggu Edisi Khas yang ada Johan RL tuh...
So, bole aku katakan aku kenal Johan As'ari kerana Johan RL...
Cute khennn...Hahaha...!!!


NAMA JOHAN
Aku pernah baca dulu2 Johan RL saje letak nama dia Johan sebab kalau dia kalah RL dia tetap menang sbb nama johan tuh...
Sampai skg Johan masih guna nama Johan Raja Lawak tapi as long as Zizan dan guna nama Zizan Razak dalam cite Hantu Bonceng tak salah kot Johan pun cari nama yang lebih gramatis...
Secara peribadi aku suka kalau Johan guna nama Johan Lim sbb nama tuh comel dan komersial...
Pandai2 je kan aku...Hehe...!!!
Lepas nie bile aku sebut Johan Lim tuh merujuk kepada Johan Raja Lawak la yer...

Johan as'ari pulak memang nama betul dia la kannn...
So, tiada persoalan...

KELUARGA JOHAN
Johan Lim dan Ozlyn Wati

Johan dan Ozlyn di hari perkahwinan mereka...

Moga Johan dan Ozlyn Wati bahagia ke akhir hayat...

Keluarga Johan As'ari...
Amik gambar nie dari fesbuk ibu Johan, Datin Firdaus Kader
Memandangkan gambar ni tak dikunci so rasanya takde masalah kot letak kat sini...

Nie Farah Alya kakak Johan As'ari...
Aku dah kenal lama dia nie sebab dia berlakon dengan Nabil 
dalam rancangan Fikirlah Sendiri Nabil...
Lagi tentang Farah Alya di sini.

BOLA
Setahu aku Johan Lim minat kelab bola sepak Arsenal...
Buktinya dalam Maharaja Lawak dulu hampir setiap minggu dia pakai baju Arsenal...


Masa drama Drogba VS Rooney,
Johan kena pakai baju Chelsea sebab konon2 dia minat giler Drogba...
Dia kata tuh dalam lakonan sajok...

Johan buat aksi sentap hati mak nak kat Chelsea...Hehe...!!!

Nampaknya aku tak sehaluan dengan Johan sebab kelab bola yang aku minat ialah Bayern Munich...
Walaupun dah lama tak tengok bola tapi hati aku masih kat Bastian Schweinsteiger lagik...Hehe...!!!


Johan As'ari pulak dalam fesbuk dia aku ada jumpa gambar yang mengatakan dia peminat setia Brazil...


Nampaknya aku pun tak sekapal jugak dengan Johan yang nie sebab aku penyokong Jerman...
Pemain Jerman yang aku minat ialah Bastian Schweinsteiger dan Mesut Ozil...


KONTROVERSI
Johan Lim memang terkenal dengan banyak kontroversi sebelum nie...
Sebagai peminat tegar rasanya suma kontroversi dia ada dalam kocek aku...
Ada satu tuh hangat didebatkan di forum...
Serius setiap post dalam benang tuh aku baca tapi setitik komen pun aku tak turunkan sebab aku tak tau nak komen apa...
Antara lain kontroversi Johan Lim ialah kes dia dibaling gelas...
Tapi bertitik tolak dari kes itu juga rezeki Johan Lim melimpah ruah sampailah sekarang...
Aku ingat lagik penampilan semula Johan Lim lepas kes itu ialah dalam rancangan Oh Yeah di Astro Warna...
Dia potong rambut pendek giler masa tuh...


Johan As'ari juga tak terlepas dari kontroversi...
Aku tengok kat Galaksi bukan main hebat temuramah pasal kisah Johan As'ari dan Izreen Azminda...
Hangat jugalah sampai nak ditemukan berdua bagai gitu...
Perlu ker...Hurmmm...!!!
Tak terlepas juga pasal Johan As'ari dengan Fasha Sandha...
Komen aku senang jer...
Artis baru nak naik ramai la yang kejar kan...
Mungkin Johan As'ari ada juga silapnya memandangkan dia belum mahir dalam mengeluarkan kenyataan kepada wartawan sebab dia masih baru...
Takpe dik, masa akan mengajar awak menjadi lebih matang...

Temuramah Oleh Wartawan Galaksi

Aku nie dah cam buat karangan berjela pulak dah...
Ruangan dedikasi katanyer khennn...Haha...!!!
Kalau ikut format karangan mestilah ada pendahuluan, isi dan penutup...
So, sebagai penutup aku sentiasa mendoakan both Johan sentiasa sihat dan bahagia dengan kehidupan diorang, berjaya dalam kerjaya, mengekalkan segala yang baik dalam diri, mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dalam segala segi.
Amin Ya Rabbal Alamin...

Nota Kaki : Bestnya kalau dapat tengok Johan Lim dan Johan As'ari berlakon sama-sama...

Takde Karen...

Aduhai...
(Sungguh tak baik ayat pertama dah mengeluh khennn...)
Malam tadik boleh pulak kampung aku nie terputus bekalan elektrik...
Dah tengah malam pukul 11.40 pm pulak tuh...
Terputus bekalan letrik tu memang biasa jugak tp tang tengah malam tu mmg tak biasa...


Sudahnya bergelap...
Mujur sangat aku tak keja hari nie jadi takde la aktiviti menggosok baju malam tadik...
Kalau tak sure aku risau tak hengat sbb gosok baju merupakan agenda penting dalam hidup aku...


Kakak aku sepantas kilat call 15454 wat aduan...
Katanya dalam 1 atau 2 jam dah okey...
Aku terbayang ladang2 Farmville aku yang terbentang luas...
Tanam 4 jam pulak tuh...
Kalau aku masuk tido sure mati kering sumanya...
Tapi  mana larat tunggu...
Nyamuk pun banyak...
Panas lain hal pulak...
So, aku masuk tido gak akhirnya...

Dan pagi nie...
Hasil yang dah ku jangkakan...
Segala ladang aku mati kering...
Kalaulah ladang sebenar berapa agaknya kerugian aku tanggung agaknyer...Hahaha...!!!

Nasib Ko La Strawberry...

Thursday 27 October 2011

The Sims Social ~ Facebook


Beberapa minggu nie perhatian aku beralih sepenuhnya pada permainan nie...
Mula2 kawan aku study ajak main...
Akak tuh mmg gigih main The Sims nie...
Biasa la kat fesbuk mesti nak cari jiran pastu nak hantar barang dll...
Akak tu ajak tapi aku cakap aku tak main sbb aku fokus pada Farmville aje...

Minggu berikutnya, aku jumpa akak tu lagik masa kuliah...
Dia bercerita lagik tentang permainan nie termasuk juga jemputannya pada aku untuk ajak main sekalik tuh...
Kali nie aku tak nak menghampakan hati kakak tu lagik...
Balik rumah, aku pun cuba main menda nie...

Aku pernah dengar tentang permainan The Sims dari sorang pelajar praktikal di ofis aku beberapa tahun dulu...
Tapi masa nie permainan nie kena muat turun dulu baru boleh main...
Tak pun install dari CD aje katanyer...
Kat fesbuk memang belum ada lagik...
Beria2 la budak tuh cite pada aku...
Di akhir penceritaan yang panjang lebar tuh aku kata nak pinjam CD dia sebab nak cuba gak main...
Aku sebenarnya bukan beria nak main pun cuma saje nak uji budak nie...
Huh...!!! Haram tak kasi dan lepas tuh tak penah pun cite pasal menda nie lagik...Haha...!!!

Berbalik pada The Sims Social kat fesbuk...
Sekarang aku yang beria2 main menda nie sampai ladang2 Farmville aku pun kadang2 terabai...
Aku bab main cam nie memang gigih tak hengat donia...
Rumah aku dah besar...
Setakat hari nie nilainya dah 124K you...beria khennn...

Kawasan Rumah Aku...
Kalau rumah betul mau berpeluh nak mengemas nie...
Hehe...!!!

Nie pulak imej aku...Kengkonon suka baca buka laa...
Padahal hampehhh...Uwekkk...!!!

Wednesday 26 October 2011

Cinta Kereta ~ Garlic Butter Prawn

Rasa cam dah lama pulak tak dengar lagu nie...
Lagu nie disedut dari rancangan Oh Yeah yang disiarkan kat Astro Warna sikit masa dulu...
Masa tuh aku seisi keluarga memang giler betul dengan Oh Yeah...
Banyak la fenomena yang dicetuskan dalam rancangan nie antaranya sentap mak nak n watak Ah Chai...

Segmen Carta Video Songsang nie memang best...
Banyak la lagu2 yang dah ditukar yang liriknya menangkap ke otak dan jiwa...
Tapi dalam banyak2 lagu tuh lagu Cinta Kereta nie yang paling aku minat selain Your Money oleh Wonder Boys...
Walau dengar banyak kali, aku tetap rasa lagu nie sangat merdu dan vokal diorang nie mmg best...


Nie komen aku, sorang yang tak kenal muzik :

Johan  
- Memang tak dinafikan suara Johan memang best.
- Part paling best tang "membayar bulanannya..."


Zizan   
- Suka giler part "Bank pula tak timbang rasa...bla bla bla..." Merdu sangat2 suara Zizan...


Nabil   
- Gaya Nabil petik gitar memang stylo...
- Part "Bang! Janganlah tak timbang rasa...bla bla bla..." Suara Nabil yang meleret tu mmg best...


Afdlin  
- Teruja tengok Afdlin main rekoder...Teringat masa aku sekolah rendah dulu...Cikgu muzik ajar main rekoder...Hehe...!!!
- Part best Afdlin tang "Hey! Menarik kereta aku...bla bla bla..."

P/S : Mr. Afdlin, tak nak buat Oh Yeah musim kedua ker...

Sunday 23 October 2011

Gigi Saya Sakit...

Sepanjang minggu nie aku sangat sibuk...
Banyak aktiviti di tempat kerja yang bertimpa-timpa...
Aku boleh sifatkan ianya kesibukan yang melampau sehinggakan aku tak sempat nak online...
Farmville aku tak tertanam...
Forum tempat aku bersosial juga tak sempat aku jengah...
Youtube yang jadi halwa telinga aku pun tak sempat aku nak dengar...

Habis segala aktiviti di tempat kerja...
Semalam petang aku pegi jumpa doktor sebab ada temujanji...
Memang rutin setiap bulan aku kena jumpa doktor gigi untuk rawatan braces...


Dan hasilnya...
Gigi aku sakit sejak semalam...
Aduiii...Seksanya mengharung hari ini...


Harap kesakitan nie cepat-cepat berakhir...Amin...

Friday 14 October 2011

Nilai Sebuah Janji ~ Cinta Elysa

Janji...
Selalu ditabur di sana sini...

Ada janji yang simple...
Contohnya :
  • Ibu bapa janji nak bawa anak2 makan McD...
  • Kawan janji nak muat naik gambar kat fesbuk...
  • Kawan sekelas janji nak buat assignment sama2
  • Opismate janji nak pakai baju sama warna gi keja besok
Walaupun nampak biasa2 je tp ia tetap janji...
Asalkan bernama janji wajiblah ditunaikan...

Macamana dengan janji yang berat...
Ataupun janji yang menjerut diri...
Janji yang dilafazkan tanpa berfikir panjang
dan akhirnya menjadi tanggungjawab yang besar...
Janji yang bertukar menjadi wasiat...
Ayarkkk...!!!

Bukan apa, hari tu aku tengok episod kelima drama Cinta Elysa...
Haruslah aku tengok cite tuh khennn sbb aku dah tahap giler nie...
Wallpaper lappy aku pun gambar Aril dan Elysa...hahaha...!!!

Wallpaper yang mengikut perkembangan semasa katanya...Wakaka...!!!


Tak cukup di TV aku tengok lagi kat utube...
Nie dialog antara Aril dan Pak Su sebelum Pak Su meninggal dunia...

Pak Su : 
Aril, tolong jaga anak2 Pak Su.  Apa pun yang berlaku, jangan biarkan adik2.  Pak Su minta tolong. Aril kena janji.  Aril janji yer...

Aril : 
Saya janji Pak Su

Hambik ko...!!!
Nie sekadar dalam drama...
Kalau kat dunia realiti macam mana...

Nie babak masa diolog tu diimbas oleh Aril...

Tiba-tiba aku teringat kisah seorang jiran,
Sebelum bapanya meninggal bapanya ada berpesan supaya berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan dia suka sangat pun...
Maka kakak tu pun kawin la dengan lelaki tadi...
Bahagia atau tidak mereka berdua itu tak pulak dapat aku pastikan...

Puas aku cuba mengingat balik...
Adakah janji2 yang pernah aku tabur belum ditunaikan lagi...
Yang pasti aku dah berkali2 berjanji dengan diri sendiri untuk buat itu dan ini, untuk berubah menjadi lebih baik, untuk membuang segala sifat aku yang tidak baik, untuk menjadi seorang yang berlapang dada dengan segala perkara, untuk menjadi seorang yang berdisiplin, untuk jadi anak yang baik, untuk jadi orang yang lebih sabar dll...
Tapi masih juga aku melanggar janji...

Dan lagi satu...
Aku tak pernah lupa ada satu janji lagi yang belum aku lunaskan...
Aku ada janji dengan budak2 nak bagi hadiah tapi belum bagi lagi...
Kena tunaikan cepat nie...Hurmmm...

Wednesday 12 October 2011

Jangan Kasihankan Aku...

Minggu lepas...
Seperti biasa hari Khamis mmg tempat kerja aku ada mesyuarat mingguan...
Kali nie membincangkan sebuah program yang boleh dianggap agak besar...

Pernah aku coretkan di blog ini...
Kitorang mula bertugas dgn boss baru bermula bulan puasa lepas...
Kiranya usia boss di tempat kami masih terlalu baru...
Banyak benda yang boss belum tahu...

Boss aku nie aku dah kenal masa aku kecik2 dulu...
Zaman aku masih di bangku sekolah lagik...
Skg dia dah jadi boss aku...
Cam tak caya pun ada...

Nak jadi kisah, dalam mesyuarat tuh kami diagihkan dengan tugas masing2...
Biasalah mmg gitulah kat mana2 pun kan...
Tiba tang aku boss ada kata "Puan X, macamana dengan sumber kewangan?"
Kawan2 yang lain cepat2 mencelah...
"Cik la boss..."
Aku wat2 bizi menyemak itu dan ini...Haha...!!!

Tetiba spontan dari mulut boss...
"Eh, ye ker...Kesiannya..."
Huh...!!! Sentap hati mak nak...


Dan tanpa sedar spontan juga mulut aku melontarkan kata2...
"Encik, tak baik tau..."
Dalam nada yang amat jelas sbb suara aku mmg jenis kuat...

Dia spontan...Aku pun spontan...
Akhirnya seisi mesyuarat terkuncam...

Usai mesyuarat itu, aku berfikir panjang...
Malangkah golongan orang yang berstatus bujang seperti aku...
Orang yang berstatus bujang itu tergolong dalam kategori seseorang yang gagal dalam kehidupan kah...
Adakah dunia ini tempat untuk orang berkahwin dan orang bujang sekadar menumpang sahaja...
Orang yang tidak berkahwin memang layak dikasihanikah...
Orang yang berkahwin itu memang betul2 berjaya dan bahagiakah kehidupan mereka...
Aku faham dengan sunnah Rasul...
Tapi masyarakat sedar atau tidak akan makna qada dan qadar...


Tak sangka aku seorang yang kasihan...
Sungguh, selama ini aku rasa aku manusia normal...
Rupa2nya ada segelintir masyarakat memandang aku dengan kasihan...
Tolonglah...Jangan pandang aku dengan pandangan yang kasihan...
Aku tak memerlukan itu...
Sungguh aku tak berbangga langsung kalau dipandang sebegitu rupa...

Sekian Terima Kasih...

Friday 7 October 2011

Seniman Menangis ~ Johan RL

Dah seminggu berlalu...
Dah seminggu jugak terniat nak wat entri nie tp tertangguh2...
Minggu lepas aku tengok Lawak Minggu Ini edisi Johan kat tibi...
Memang tiap minggu pun aku tengok LMI walaupun banyak yang sendu...Huhu...!!!


Tak keterlauan kalau aku kata...
LMI Johan nie adalah yang terbaik dalam banyak2 LMI sebelum nie...
Sekurang2nya tak lah dapat label lawak sendu dari aku...Hehe...!!!

Johan membuktikan dia seorang yang kreatif...
Berusaha bersungguh2...
Dia buat homework...
Dia menganggap LMI tuh satu peluang bukan program saje2...
Dia berlatih dengan kawan2nya dan kawan2nya sedar tu rancangan LMI Johan bukan LMI beramai2 cam sebelum nie yang aku nampak artis undangan wat cam rancangan sendiri jer...

Segmen Johan main piano sambil nyanyi lagu Seniman Menangis tuh merupakan part paling berjaya...
Memang lawak giler laa...
Senang citer, memang terbaik dari ladang dan lautan dalam laa...
Johan terang2an meniru Jamal Abdillah penyanyi pujaannya...
Tu yang aku kata tadik Johan wat homework...
Tahniah Johan...!!!

Minta Maaf... Hahaha...!!!

Nie Versi Jamal Abdillah Yang Johan Tiru...