Showing posts with label Program TV. Show all posts
Showing posts with label Program TV. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

Ending Drama Jodoh...

Semalam dah abis dah drama Jodoh...
13 minggu menonton dengan penuh khusyuk dan fokus...
Ya betul ianya happy ending...
Memang la kena happy ending takkan nak sad ending pulak...

Macam yang pernah aku beritahu kawan2 di forum...
Cite nie sesungguhnya serupa dengan drama Jepun 'Ice World'...
Yang aku pernah tonton belasan tahun lepas...
Ending untuk hero dan heroin tuh sekejap sangat...

Aku tak nak banyak komen...
Cuma yang aku terfikir hanya satu...
Episod akhir macam menunjukkan ada beberapa episod lagi lepas nie...
Tak faham kenapa penulis skrip menjadikan ia begitu...

Tak keterlaluan kalau aku kata...
Perasaan penonton dipermainkan saje...
Arhhh, tadi aku dah kata tak nak komen...
Tapi kena la belai dan hargai pengorbanan 13 minggu orang menonton kan...

Lagi satu perkara yang aku fikir...
Orang buat drama tak buat pratonton ker ekh...
Cuba la bagi juri awam ke apa ke...
Suruh tengok dan komen mana baik mana buruk sebelum siar kat TV...

Tak pun tunjuk kat aku je nie haa...
Kalau ending macam tuh 3 hari 3 malam aku boleh komen noks...
At least bagi la beberapa lagi scene sweet2 En Azlan n Olly kat ending tuh...
Apa jadi pada buchuk, katya dan peserta Jodoh yang lain kami nak tau juga...
Uwaaa...!!!

Apa pun, aku bersyukur dan berterima kasih juga...
13 minggu bersama Jodoh yang berwarna-warni...
Ketawa dan menangis bersama Encik Azlan dan Olly...
Selain aku dapat ramai kawan forumer baru juga...

Gambar En Azlan sebagai pengubat rindu... Motip...??? 

Thursday, 28 March 2013

Lagu Tema Drama Jodoh Di Astro Ria...

Sementara demam drama Jodoh masih melanda nie...
Sesuai la kot aku nak kongsikan lagu tema drama nie...
Lagu temanya ada tiga...
Semuanya sedap2 belaka pada pendengaran aku...

En Azlan dan Olly

1.  Waktuku oleh Mill

Memandangkan lagu nie sangat merdu...
Sekali dengar dekat drama Jodoh hari tuh terus aku jatuh chenta...
Maka, sekarang lagu nie adalah ringtone handphone aku...
Thanks pada Mimi anak sedara aku yang tolong buatkan ringtone tuh...


2.  Fatamorgana oleh Tysha Tiar

Lagu nie catchy2 jer...
Lagu nie main masa permulaan drama nie...
Yang masa montaj tuh...
Gramatis kan tajuknya fatamorgana...



3.  Kota Antara oleh Dazrin Kamarudin iaitu En Azlan sendiri

Setakat nie lagu En Azlan nie lum ada videonya...
Dengar2 diorang tengah wat MV sekarang...
Seriusly tak sabar nak tengok...
Sesungguhnya aku sangat berbangga Dazrin boleh nyanyi sebaik tuh ^_^

Update ( 21 April 2013 ) :

MV Kota Antara Hencik Azlan dah ada...
Boleh tengok kat Astro Ria...
Nie ada diorang upload kat Facebook Jodoh...
Jom menghayati sweetnya En Azlan dan Olly dalam MV Kota Antara...

Lirik Kota Antara

seringkali ku rasai
alam ini bagaikan terhenti
tiada cahaya tiada lagi nyawa
merana kerana cinta di dada

tak terdaya ku melangkah
segala perjalanan mengundang padah
relaku menunggu biarpun dalam pilu
sehingga masanya kita bersama

hanya di kota antara aku yang meniti
panas mentari salju menggigil
aku terpenjara sepi dan menanti di antara
di antara kau dan dia

biar cinta ku rasai
bersemadi abadi di kota ini
takkan aku mampu melihat airmatamu
biarkan ku bersendiri di sini

dan bila rasa terseksa
ku sering mencari jalan keluar
mengharapkan semuanya berakhir

kau maafkanlah diriku
ku takkan bisa menghulurkan cinta
yang separuh bersamanya...


Lagu & Lirik : Audi Mok


Jom hayati gambar-gambar dalam MV Kota Antara
En Azlan terkenang kisah lalu
Print screen by tiewa @cariforum

Apakah yang diperkatakan oleh En Azlan
Thanks my dear tiewa @cariforum

Happy Ending
Lagi gambar yang diprint screen oleh tiewa @cariforum

Suka sangat tengok Olly wat muka gini
Kredit to tiewa @cariforum atas kegigihan beliau

Segala link facebook, lirik Kota Antara dan gambar2 yang diprint screen kredit kepada forumer tiewa...

Friday, 8 March 2013

Kata-kata Dina ~ Drama Jodoh

Dina ialah salah seorang peserta dalam drama Jodoh...
Kata-kata Dina pada Olly hari tuh memang sangat bermakna...
Memberi makna pada Olly...
Dan sedar tak sedar memberi makna pada aku juga...

Watak Dina lakonan Siti Hajar Oshin

Kalau kau pilih sedih...
Kau kena ada kat sini...
Kalau kau pilih happy pun...
Kau masih jugak ada kat sini...

Jadi sebenarnya kau memang takde pilihan...
Happy sedih kau masih ada kat sini...

Jadi wat ape kau nak sedih2...

Pasal aku dah takde kerja ( Olly )

Takpe
Kalau kau happy tapi takde kerja...
Sekurang-kurangnya kau happy walaupun takde kerja...

Bla bla bla ( Olly )

Takpe, kau cari kerja sampai kau dapat...

Kata-kata nie wat aku berfikir panjang sejak Isnin lepas...
Seriusly aku tension dengan situasi di tempat kerja...
Keja yang terlalu banyak, dengan segala kursus lagi...
Mana nak kena kerja hari Ahad pulak lagi...

Tapi dalam banyak-banyak tuh...
Yang paling aku marah ialah diskriminasi status...
Aku sangat benci perkara itu...
Sangat sangat benci...

Tapi kata-kata Dina adalah pembakar semangat aku sekarang nie...
Kalau aku sedih / marah, aku kena buat jugak...
Kalau aku happy, aku kena buat jugak benda tuh...
Jadi kalau aku happy, sekurang2nya aku happy wpn kena buat kerja tuh...

Sayangnya Dina dah tersingkir dalam minggu nie jugak...
Tapi aku faham kenapa watak Dina perlu dimatikan...
Tu semua ada jalan cerita untuk watak Olly dan En Azlan pulak...
Tapi rindu la kat Dina... Uwaaaaaa...!!!

Nota Kaki : Terima kasih penulis skrip Drama Jodoh kerana mampu menghasilkan kata-kata sehebat ini...

Wednesday, 6 March 2013

Pisang Ukir Muka Encik Azlan...

Tugasan untuk peserta Drama Jodoh minggu nie ialah memasak...
Bahan utama yang perlu digunakan ialah pisang...
Dan lihatlah hasil masakan Olly...
Tu dia pisang ukir muka Encik Azlan... Hahaha...!!!


Friday, 1 March 2013

Lirik Lagu Tapak Kasut Atas Jamban Duduk ~ Drama Jodoh Astro Ria

Aku dah dilanda demam lagi...
Kali nie demam drama Jodoh...
Drama nie disiarkan kat Astro Ria setiap Isnin 9 malam...
Teraju utama cerita nie ialah Scha Alyahya dan Dazrin Kamarudin ...


Ternyata penangan Encik Azlan dan Olly sangat kuat...
Tiap2 hari aku layan rakaman drama nie...
Tak jemu2 dan tetap gigih nak gelak jugak...
Malah setiap hari tak sabar nak tunggu kemunculan Isnin...

Nie lagu nyanyian Olly...
Masa nie peserta diberi tugasan cipta dan nyanyi lagu untuk En Azlan...
Sepatutnya lagu nie puji memuji En Azlan la kiranya...
Tapi tengok je la apa Olly dah buat... Hahaha...!!!


Tapak Kasut Atas Jamban Duduk

Satu hari aku pergi
Jamban perempuan di Midvalley
Aku lari sekuat hati
Tahan air dalam pundi
Jamban semua macam penuh
Cuma satu macam free

Masuk situ aku lihat
Jamban duduk bukan cangkung
Aku pun ready nak landing
Tiba-tiba mata aku nampak sesuatu
Apakah itu...???

Tapak kasut tapak kasut
Tapak kasut tapak kasut
Kurang ajar siapa cangkung jamban duduk
Tak takutkah kaki terpelusuk
Tak takutkah kena sumpah

Kau ingat punggung aku ini
Mahu cop tapak kasut free

Tapi apa akan daya
Aku sudah tidak tahan
Aku landing hati berat
Tapi lega air surut dari pundi
Tapi tapak kasut itu melekap di punggung aku

Saiz lima saiz lima
Siapa dia saiz lima
Kurang ajar siapa cangkung atas jamban duduk
Tak takutkah kaki terpelusuk
Tak takutkah kena sumpah

Lagu : Kye / Ciecie
Lirik : Liza
Lagu Asal Oleh Huda / Zonda dari DahlanSteady

Kredit to : Facebook Jodoh 

Nota Kaki : Sape2 yang suka lepak kat Cari Forum, meh borak pasal Jodoh kat sini ^_^ 

Thursday, 14 February 2013

Dazrin Kamarudin

Dah lama rasa nak update blog...
Tapi bertangguh-tangguh...
Duk gigih berforum dan berkebun kat Farmville2...
Tak kurang sekarang aktif dengan Twitter dan Instagram pulak...


Kali pertama aku nampak Dazrin kat TV ialah drama Memberku Hawa...
Dia pegang watak hero kedua dalam cite tuh...
Kali kedua dalam drama Adam Dan Hawa kat Astro Mustika HD 134...
Mengikuti cite tu tanpa perasaan sebab tak minat pun hero dan heroinnya...

Johan ~ Episod Akhir

Menurut perbualan dengan kawan2 di forum...
Ramai yang tak suka dengan watak Johan dalam Adam Dan Hawa...
Ada yang tak suka kerana watak, ada yang kata lakonan kurang menjadi...
Tapi bagi aku watak Johan tu la yang wat aku melekat tengok cite tuh...

Babak Nie La Aku Rasa Johan Paling Comey Dan Kudus

Habis Adam Dan Hawa mula pulak Fear Factor Selebriti Malaysia...
Wah! Kat sini kecintaan pada Dazrin makin meningkat...
Rambut maintain cantik walaupun dah tak sama cam rambut Johan...
Cuma dari Fear Factor aku tau Dazrin sangat banyak mulut orangnya...


Dalam Fear Factor dia dipasangkan dengan Hairul Azreen...
Diorang memang dah rapat dari awal atau bagaimana tidak lah aku tahu...
Pasangan diorang nie antara yang digeruni...
Cukup membanggakan dah menang dua episod mingguan pun setakat nie...


BIODATA
Nama : Dazrin Kamarudin
Tarikh Lahir : 10 Mei 1988
Tinggi : 5' 11 / 180cm
Berat : 70 kg
Asal : Klebang, Melaka
Aktiviti Seni : Pelakon, pengacara, model iklan, model peragaan dan penyanyi

Adik-beradik :
Kedua daripada 3 beradik, lelaki tunggal

Bapa : 
Datuk Kamarudin Md Shah ~ Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka

Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda Filem Video Dan Media
Ijazah Sarjana Muda Global Dan Pengajian Antarabangsa
di Western Michigan University

Lagu : Kota antara ( Lagu Tema Drama Jodoh ) 


Menurut carian yang aku buat...
Dazrin nie ada ilmu taekwando, karate dan silat...
Wah! Hebatnya dia... Harus tangkas dan berani...
No wonder la dia terpilih dalam rancangan Fear Factor tuh...

Terbaru drama Jodoh lakonan Dazrin wat aku betul2 terkesima...
Drama nie ditayangkan kat Astro Ria...
Hari Isnin 9 malam...
Mungkin aku memang suka menda2 lawak sebab tu aku suka cite nie...


Dazrin berlakon watak Encik Azlan yang masuk rancagan cari jodoh...
Rancangan ala2 The Bachelor dan Mencari Cinta tuh...
Heroinnya Scha Al Yahya watak ala tomboy dan sempoi gituh...
Shca memang pakar dalam bawak watak2 macam tuh...

Encik Azlan, Olly dan Bob

Setakat hari nie drama Jodoh nie baru 2 episod...
Aku dah ulang tengok rakaman kat PVR Astro berkali2 dah...
Memang tak jemu dan harapnya kekalkan momentum sehingga akhir...
Sesungguhnya tak sabar nak tunggu hari Isnin setiap minggu...

Demi menunjukkan minat aku pada Dazrin...
Aku dah follow Twitter dia...
Rajin dia balas twit dan retweet peminat dia...
Bagus la macam tu tak sombong...

Aku pun dah follow Instagram dia...
Rajin dia publish gambar...
Kebanyakan yang terkini gambar2 di set Jodoh...
Comel-comel gambar dia... Hahaha...!!!

Kepada peminat yang nak follow beliau...

Twitter
https://twitter.com/dazrin88
https://twitter.com/FlyingD_s

Facebook
https://www.facebook.com/dazrin88
https://www.facebook.com/groups/flyingds/

Instagram
http://instagram.com/dazrin

Blog
http://flyingds.blogspot.com/

Semoga kerjaya Dazrin bertambah cemerlang...
Di samping mengekalkan sikap peramah dengan peminat seperti sekarang...
Rajin-rajin post gambar kat Instagram lagi...
Boleh la saya tumpang tengok ye tak... Huhu...!!!

Nota Kaki : Sebahagian gambar saya ambil dari instagram Dazrin sendiri... Memandangkan beliau tidak mengunci akaun beliau, saya anggap beliau tidak kisah... Thanks Daz ^_^

Saturday, 10 November 2012

Final Onyomat Geset Go

Selepas 10 minggu berhempas pulas...
Sampai juga ke final Onyomat Geset Go...
Dalam episod final, peserta bermain secara individu...
Dah takde kumpulan2 dah...

Yang happynya ialah kesemua finalis dapat hadiah duit...
Cuma banyak atau sikit je la bezanya kan...
Tahniah buat semua pemenang...
Anda telah menghiburkan kami sekeluarga sepanjang 10 minggu nie...

Ajak Shiro ~ KluangMan 
Juara RM100 000

Mamat Sepah ~ Belon Pecah
Naib Juara RM50 000

Shahrol Shiro ~ KluangMan
Tempat Ketiga RM20 000

Man Belon ~ Belon Pecah
Tempat Keempat RM10 000

Empat finalis OGG nie memang paling layak berada di tempatnya...
Dari segi fizikal, kepantasan berfikir, daya usaha dan semua laa...
Dan Ajak memang layak...
Tahniah sekali lagi buat Ajak..

Mamat, Man Belon, Shahrol dan Ajak...

Dalam pada itu...
Ada juga aku nak komen...
Bukan nak mengkritik atau apa...
Cuma sekadar pendapat peribadi saje...

Bagi aku rancangan OGG nie anti klimaks...
Aku boleh kata macam tuh sebab di awal siaran sangat best...
Namun lama kelamaan semangat menonton tuh berkurang...
Aku tak pasti sebab perhatian aku dah lebih terarah kepada MasterChef atau bagaimana...

Lagi satu apabila melibatkan pertandingan yang ada hadiah...
Peraturan haruslah tepat...
Aku sungguh tak faham...
Kenapa masa cabaran tangkap ayam dan kayuh basikal tak dikira...
Dan pada minggu yang sama aktiviti wat persembahan dikira markah pulak...

Cabaran nie yang tak dikira markah...
Seriusly konfius...

Aku cakap begitu...
Bukan sebab aku menyokong peserta yang menang cabaran berkenaan...
Tapi ini pertandingan yang ada hadiah...
Segala-galanya kena tepat dan bersebab...
Lain la rancangan 'betul ke bohong' atau 'roda igauan'...
Takde hadiah so lantak la kalau pemarkahan just gitu-gitu jer...

Tentang malam final pulak...
Memang mengecewakan...
Yang aku faham Onyomat Geset Go ialah ke garisan, sedia, mula...
Cam orang nak start lumba lari tuh...
Walaupun dah dibahasa rojakkan..
Maksudnya tetap sama...

Apa hal pertandingan berbentuk perlumbaan berakhir dengan persembahan...
Diadili oleh orang awam dan peserta yang tersingkir...
Aku membayangkan...
Final tuh 4 peserta nie berlumba dari satu destinasi ke destinasi lain...

Macam kat penang tuh memang perfect ten...
Kitorang ulang tengok rakaman ntah berapa kali ntah...
Yang kat kelantan pun best jugak...
Kat terengganu naik beca tuh pun antara yang terbaik...

Cabaran di Penang Terbaik...

Lukis dan jual batik di Kelantan

Cabaran di Terengganu

Ye la kan sekurang-kurangnya kena macam explorace atau amazing race...
Jalan pikul beg...
Tanya orang sana, tanya orang sini...
Kayuh basikal, berlari, naik bot, tumpang orang dan macam-macam lagi...
Serius, aku kecewa...

Aku bercakap apa yang terlintas di hati...
Jadi nie la yang aku rasa...
Apa pun tahniah kepada semua pemenang...
Seronok dapat tengok bakat dan perangai sebenar korang...

Tahniah juga pada penerbit yang berjaya wat rancangan nie...
Harap ada musim kedua...
Apa yang aku coretkan nie...
Kalau terbaca mungkin boleh dijadikan panduan untuk penambahbaikan...

Sebenarnya aku mengharapkan Mamat yang menang...
Walaupun agak kecewa tapi tempat kedua pun okey gak kan...
Pencapaian yang membanggakan...
Aku pun tumpang happy sebab mamat berjaya wat lawak pentas secara individu walaupun tak cukup masa...

For both Sepah n Sepahtu...
Aku akan minat korang sampai bila2...
Semoga ketiga-tiga kalian happy dengan cara tersendiri...
Peace Yawww...!!!

Nie link kalau nak menonton OGG episod final...
Episod yang sebelum2nya pun ada...
Selamat berhibur...!!! 

Friday, 19 October 2012

Demam MasterChef Malaysia 2 ~ Go Ammar...!!!

Menggagahkan diri menulis dalam blog  nie...
Moga ia tak bersawang dan terus dilupakan...
Aku bukan bizi tak hengat dunia...
Tapi aku suka buat hobi bermusim...

Tapi tengok tv bukan hobi aku yang bermusim...
Tak pernah jemu dari dulu lagik...
Program terbaru yang aku gilai ialah Masterchef Malaysia musim kedua...
Yeahhhh...!!!




Musim kali nie aku tengok dari awal...
Bermula dari top 40...
Melalui 6 saringan...
Akhirnya hanya 24 orang yang terpilih...

Tiap2 episod aku tgk penuh semangat...
Tiap2 episod gak aku rakam untuk ulang tengok...
Sekarang dah top 15...
Memang menarik di samping sakan borak kat forum cari.


Sapekah peserta kegemaran aku kali nie?
Harus la ada kannnn...
Dia nampak sangat berkarisma pada aku...
Tak lain tak bukan ammar... Hehe...!!!


Biodata Ammar

Muhammad Khairul Ammar bin Jasni

22 tahun

Pelajar Penerbangan 

Berasal dari Selangor

Berkejar nak ambil barang masa cabaran luar...

Ammar teka2 bahan masa pusingan penyingkiran...

Berpeluang merasa makanan dalam kuliah master...

Sape2 yang nak menjejak dak ammar nie...
Silalah klik yer...



Good luck for Ammar...
Masak sedap2 tau...
Aku doakan Ammar jadi juara MCM 2...
Amin... ^_^

Sunday, 16 September 2012

Onyomat Geset Go ~ Astro 132 & 134

Nie rancangan baru kat Astro Warna n Mustika HD...
Menggantikan slot Karoot Komedia X yang disukai ramai tuh...
Nescaya rancangan nie best giler...
Sebab aku memang suka rancangan berbentuk realiti...


Kata orang baik sebut yang negatif dulu berbanding positif...
Jadi satu2nya yang aku tak setuju dengan rancangan  nie ialah...
Tentang tajuknya yang menggunakan bahasa rojak...
Ejaan english yang ditulis secara tak betul...

Lebih tepat merosak bahasa...
Kalau setakat aku tulis rojak di blog nie...
Standardlah sebab bukan ramai viewer pun kan...
Nie rancangan TV yang ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat...

Tutup kes tentang komen yang tak indah tu...
Mari puji memuji pulak... Haha...!!!
OGG nie formatnya ala2 Amazing Race dan Explorace...
Namun pemenang cuma sorang ala2 Super Spontan...

Amy Mastura sebagai pengacara...

OGG menemukan 12 orang pelawak yang bertanding...
Sekarang nie diorang main berpasangan so ada 6 kumpulan...
Aku rasa nanti diorang akan berpecah main individu pulak...
Dan akhirnya sorang pemenang akan muncul...

Peserta OGG

Minggu pertama hari tu sangat best...
Kitorang satu family ulang tengok guna PVR tu ntah berapa kali...
Minggu kedua agak hambar...
Tapi still best lagik...

Aku tak tau nak sokong sape...
Sebab sumanya best...
Kat sinilah kita dapat tengok perangai sebenar artis...
Kita juga dapat tengok bakat terpendam diorang...

Friday, 22 June 2012

EURO 2012 ~ Go Germany...!!!

Huh!!! Lama giler tak menulis kat blog nie...
Yea... Hidup memang bermusim kan...

Biarlah aku menulis dengan ringkas dan padat...
Musim EURO yang ditunggu2...
Aku kekal menyokong Germany...
Yeah...!!! Memang semua game diorang aku tengok live ler...
Tido sejam je sebelum gi keja...


Aku memang happy giler Germany menang suma game dalam kumpulan...
Sekali gus jadi juara kumpulan B iaitu kumpulan maut tuh...

Sebenarnya aku minat suma pemain Germany...
Tapi kalau ikut paling minat ada la beberapa orang dalam carta aku...

Paling minat ~ Bastian Schweinteiger
Aku memang paling suka tengok dia atas padang...
Berkarisma...

Kedua minat ~ Mesut Ozil
Ozil sangat stylo...
Pemain muda yang hebat...

Ketiga Minat ~ Jerome Boateng
Pertahanan yang sangat kemas...
Bermatian2 bila buat kerja...

Keempat minat ~ Per Mertesacker
Aku suka tengok dia main masa World Cup 2010 dulu...
Tapi untuk Euro kali nie dia belum diturunkan lagi...
Harap dapat tengok dia beraksi...

Harapan aku Germany dapat jadi juara tahun nie...
Aja Aja Fighting...!!!

Monday, 9 April 2012

ABPBH ~ Tahniah Johan dan Zizan

Rasanya belum terlambat...
Untuk aku ucapkan tahniah...
Buat dua orang yang sangat aku minati nie...

Anugerah Bintang Popular Berita Harian semalam...
Menobatkan diorang berdua sebagai pemenang...

Johan - Pelawak lelaki popular
Zizan - Pengacara TV lelaki popular

JoZan bersama pemenang utama Aaron Aziz...

Cayalah korang berdua...
Aja...!!! Aja...!!! Fighting...!!!

Nota Kaki : Selain JoZan, aku suka giler Fizz Fairuz menang semalam... Comey je dia terperanjat sampai tak boleh cakap apa... Hehe...!!!

Friday, 30 March 2012

Super Spontan...

Malam nie aku tak tau pun ada rancangan baru...
Super Spontan kat astro warna...
Best gak sakan kami sekeluarga gelak...
Ramai pelawak terlibat dalam rancangan nie...


Konsep rancangan nie ala2 survivor dan the biggest loser...
Aku memang suka rancangan berkonsep macam nie...
Tapi nie melibatkan artis...
Tak tau la jadi macam mana nanti...


Haha...!!!

Thursday, 8 March 2012

Vanila Coklat Bloopers...

Diam tak diam...
Drama Vanila Coklat dah nak abis Selasa depan...
Rasa cam kejap je masa berlalu...
Tup2 nak abis dah...


Gambar kredit kepada edtv-zahidizakariya.blogspot.com


Bersempena nak abis nie...
Jom layan utube babak yang salah2 nie...
Kelakar tengok diorang...
Macam2 ragam dan kesalahan...


Tuesday, 6 March 2012

Babak Comel Wild Romance...

Aku dah abis tengok drama Korea Wild Romance minggu lepas lagi...
Citenya suspen...
Ala2 misteri penyiasatan gituw...
Tapi memang cute giler la Park Moo Yeol dan Yoo Eun Jae...

Saje je la tengok gambar kat pakcik gugel tadik...
Sekali jumpa gambar nie...
Nie lukisan kartun Yoo Eun Jae dengan Kang Jong Hee...
Gambar Moo Yeol takde pulak ekh...

Serius comey giler...
Muka Eun Jae tuh rasa nak cubit2 jer...
Cutenyer...
Terutama tang mulut dan mata dia...


Banyak babak yang comey dalam cite nie...
Dalam banyak2 tuh aku paling suka masa Moo Yeol jealous kat Eun Jae...
Masa diorang jumpa pemain Blue Seagull tuh..
Nie pemain yang Eun Jae minat tahap dewa...
Harus la terkesima kan...

Aku paling suka part hujung masa Eun Jae hentak2 kaki tuh...
Memang babak yang sangat comey...
Kagum la kat pengarah cite nie...
Kebetulan ada pulak insan yang baik upload kat utube...
Boleh la tengok selalu...


Yang kedua aku suka ialah masa diorang berdua nie lawan tinju...
Babak kelakar dan comel...
Part Eun Jae gelak tu yang mahal tuh...
Moo Yeol lak senyum tu yang wat aku jadi cair...
Masa nie la Moo Yeol sedar sebenarnya dia suka pada Eun Jae...


Kerana babak ni jugaklah aku tau yang sebenarnya Lee Si Yeong tu peninju...
Seriusly cam tak caya...
Tapi tabik la kat dia...
Selain pelakon hebat dia berjaya dalam bidang sukan...

Nie menang betul2 bukan cobaan...


Babak yang aku rasa cukup comey gak ialah masa Eun Jae terlanggar tangga...
Bukan main marah si Moo Yeol nie...
Teringat pulak aku filem Seducing Mr Perfect...
Masa Daniel Hanney bukan main marah kat Min Jun...


Sebenarnya banyak lagi babak comey2...
Tapi tak banyak utube yang aku jumpa...
Masa episod awal2 dulu diorang selalu gaduh pun best...
Dua-dua ganas, melawan dan banyak akal...
Memang tak jemu tengok...

Gambar kartun comey kredit kepada blog nie...
Gambar Lee Si Yeong bertinju kredit kepada chosun.com.

Sunday, 26 February 2012

Wild Romance ~ Episod 12

Sepanjang petang tadi...
Aku habiskan masa dengan tengok drama Wild Romance...
Mula dengan kat tibi KBS...
Pastuh sambung terus kat utube...


Sesuai sangatlah sebab sekarang aku memang mood cite nie...
Aku pernah tulis tentang cite nie di sini...
Wallpaper lappy aku pun gambar diorang berdua nie...
Tapi serius cute sungguh Park Moo Yeol dan Yoo Eun Jae...

Setakat petang tadik aku dah sampai episod 12...
Sekarang best sebab Eun Jae dah happy balik tak sedih2 dah...
Malam nie nak sambung lagik...
Makin nerves pulak cite nie laa...

Part terakhir setakat yang aku tengok petang tadi...