Wednesday 30 November 2011

Suka Benci Kamu ~ Jehan Miskin & Julia Ziegler

Beberapa hari lepas aku tengok telefilem Suka Benci Kamu kat Astro Ria...
Best cite nie...
Kelakar dan santai jer...
Lagipun aku memang peminat Jehan Miskin jadi no wonder la kan...

Poster Suka Benci Kamu

Kisah lakonan Jehan dan Julia Ziegler...
Diorang nie dua rakan sekerja kat syarikat pengiklanan...
Diorang berdua tak sekepala dan selalu bertelagah...
Tapi ditugaskan gi sebuah pulau untuk buat sesuatu oleh boss diorang...
Boss tuh lakonan Harun Salim Bachik...

Remy kat opis...

Gi pulau tuh nak bot...
Pastuh bot tu terbalik...
Bermula kisahnya bila diorang berdua terdampar kat pulau...
Mula2 asyik gaduh jer lama2 suka pulak...
So sweet la pada aku...

Seriusly, Jehan sangat cute... Ayarkkk...!!!

Gaduh je diorang berdua nie...

Hasil penggugelan, aku berjaya dapatkan sinopsis sebenar cite nie...

Sinopsis
Natasha dan Remy bekerja bersama di agensi pengiklanan.  Personaliti mereka amat berbeza.  Natasha seorang "control freak" yang degil.  Manakala, Remy seorang pengarah kreatif yang sentiasa rileks dan santai.  Mereka perlu bekerjasama dalam pasukan yang sama tetapi mereka memang tidak tahan dengan perangai masing-masing.  Suatu hari, mereka dihantar membuat tugasan bersama ke sebuah hotel di suatu pulau.  Bot mereka terbalik dalam perjalanan dan mereka terdampar di pantai yang lengang.  Pada mulanya, mereka berdegil dan tidak mahu bekerjasama.  Masing-masing cuba membuat sabotaj antara satu sama lain.  Lama kelamaan, mereka melalui situasi yang kelakar, mencuit hati dan mendapat tahu yang sebenarnya 'si dia tu tidaklah teruk sangat'.  Apa yang mulanya bermula sebagai benci boleh bertukar menjadi cinta dalam situasi yang sesuai.

Trailer cite nie...

Youtube Suka Benci Kamu Part 1...

Segala gambar kredit kepada fesbuk Jehan Miskin
Sinopsis kredit kepada zealotdownload.blogspot.com

Tuesday 29 November 2011

Kecewa Hampa...

Tension tul hari nie...
Bajet2 dah lepak depan tibi nak tengok Cinta Elysa episod 12 tadik...
Tunggu punya tunggu dah kul 9.10 tak mula lagik...
Tak penah2 cam nie...

Sekali rupanya takde sebab ada siaran langsung majlis lain...

Selain daripada Cinta Elysa aku pun tunggu jugak nak tengok Edisi Khas...
Nak tengok Johan jadik Herman Tiyes... Haha...!!!

Takpe la takde rezeki...

Demi melepaskan kekecewaan aku tunjuk la gambar snapshot Cinta Elysa episod 12...

Melayu sungguh muka Johan kan...

Tinggi nilai estetika gambar nie...

Seriusnya...

Segala gambar kredit kepada suhanpost.com

Nota Kaki : Bias kan aku tunjuk gambar Aril je... Hahaha...!!!

Monday 28 November 2011

Tagged 1

Gi jengah blog teman yang aku kenali di forum...
raplah-jingga antara blog yang selalu aku jengah...
Pemiliknya Fasha Abadie...
Orangnya pun sungguh comey dan berdikari...

Tengok Fasha ada buat Tagged nie...
Aku pun nak try laa...

* Perkara yang boleh menceriakan hidup anda
Melepak dan borak2 dengan family...

* Tajuk dan sinopsis novel / buku yang kali terakhir anda baca
Aduhhh...!!! Dah lama giler tak baca novel termasuklah sinopsisnya...
Zaman baca novel nie dah lama berlalu dalam hidup aku...

* Nama bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu supaya berwarna biru?
Aku tak makan nasi kerabu...
So, tanya kakak aku sebab dia suka makan...
Heh...!!! Dia pun tak tau...


* Keistimewaan pasangan hidup anda (kalau belum kawin, special friend pun boleh)
Tidak berkaitan...

* Pandangan tentang filem / drama ala seram yang banyak ditayangkan sekarang
Para penggiat filem takkan dapat seposen pun dari poket aku sebab aku tak berani langsung tengok cite antu...
Untuk drama pulak sangat menyemak iklan cite antu tuh sebab aku takut nak menoleh ke arah tibi time tuh... Uwaaa...!!!


* Rancangan TV yang anda rasakan memberi manfaat kepada penonton? Kenapa?
Suma rancangan pun beri manfaat kalau kite amik dari sudut positif kan...
Tapi kalau nak jawapan, aku akan kata rancangan Backyard Science yang selalu anak sedara aku tengok...


* Perkara paling mewah yang pernah anda lalui
Memandangkan kecik2 dulu aku hidup susah, so aku rasa kehidupan aku sekarang sangat bermewah2 padahal pada orang lain biasa2 je kot...

* Tempat makan best (di tempat anda) yang dicadangkan patut dicuba
Kalau bagi aku memang aku jawab Rengit Coffee dan McD...
Tapi kalau nak promote tempat sendiri aku cadangkan ke Sungai Lurus kat Senggarang...
Situ ada kerang goreng yang sangat sedap KATA ORANG sebab aku tak makan kerang...
Family aku suka makan kat situ...
Kalau ikut aku layan mee goreng sajok...
Mee gorengnya pun sedap...


* Impian hidup anda
Impian aku yang terdekat nie nak abiskan belajar dan konvo...
Wahhh...!!! Tak sabarnya...
InsyaAllah...


Sunday 27 November 2011

Senyumlah Kuala Lumpur ~ Alleycats

Semalam pegi Kluang dengan Kak Ngah dan dua orang anak sedara aku...
Seperti biasa rutin setiap bulan pegi rawatan braces...
Pegi ikut waktu biasa...
Tapi menempuh tiga kesesakan termasuk sekatan jalan raya...
Akhirnya sampai di klinik lantai dah dimop...
Tak dapat la wat rawatan...

Sudahnya berjimba je la kat Kluang Mall...
Dalam perjalanan balik kitorang borak2 dalam keta...
Takde topik apa aku buat2 kuiz pasal lagu...
Sebab kebetulan lagu yang aku suka dimainkan di radio tuh...


Soalan pertama : Lagu Melayu paling suka

Aku - Senyumlah Kuala Lumpur (Alleycats)
Ngah - Isabella (Search)
Apis - Rela Ku Pujuk (Spider)
Mimi - Takde jawapan sebab dia tak minat lagu... Huh...!!!

Soalan kedua : Lagu Inggeris paling suka
Soalan ketiga : Lagu Korea paling suka
Soalan keempat : Lagu Indonesia paling suka
Soalan kelima : Lagu rakyat paling suka

Dan beberapa soalan lagi yang kami sendiri akhirnya tak tau jawapannya...
Meriah gelak giler sepanjang perjalanan balik tuh...

Aku tak tau kenapa aku suka lagu Senyumlah Kuala Lumpur...
Kalau ikut lirik mmg takde kena mengena sebab KL tuh jauh benar dgn aku...
Jadi aku buat keputusan aku minat lagu nie 100% kerana melodinya...
Tak tau pada pendengaran orang lain tapi pada aku ianya sangat sedap...
Dengar berapa ratus kali atau berapa ribu kali pun tetap sedap pada aku...


Part paling sedap ialah muzik sebelum lirik "Bilaku Bisikan Puisi Cinta..."
Bile aku dengar lagu nie aku sentiasa ingat zaman aku kecik2 dulu...
Kelakar bile ingat balik zaman budak2 dulu...Huhu...!!!

Saturday 26 November 2011

Selepas Tiga Hari...

Huh...!!! Dah tiga hari aku tak wat entri baru kat blog nie...
Aku dah agak aku memang macam nie...
Dah agak sangat...
Sebab apa...???
Sebab aku kenal diri sendiri...


Kalau diimbas segala entri yang aku buat sepanjang bulan nie boleh dikatakan setiap hari ada entri baru...
Bulan November memang sangat sibuk untuk kerjaya aku...
Kursus berbaris tak masuk lagi bertungkus-lumus siapkan keja kat opis...
Juga sebagai pelajar tugasan nak kena hantar serentak kesibukan tu jugak...

Seperti biasa masa sibuk aku memang suka merepek...
Hari2 sentiasa meluap2 nak tulis entri...
Apa yang aku tengok kat tibi, kat sekeliling atau kat mana saja aku rasa nak tulis...

Sekarang aku dah rilek serilek2nya...
Tugasan suma dah antar...
Keja pun takde...
Jadi, zon bermalas2 pun bermula...

Agaknya aku memang perlukan tekanan untuk jadi kreatif...
Kenapa ekh cam nie...


Dalam bersantai2 sekarang nie...
Aku gigih main beberapa game baru kat fesbuk...
Juga bertambah gigih dalam game yang memang aku suka sejak dulu...

Antara game baru yang aku main ialah CastleVille...
Gi tebang2 pokok, pakuk2 batu jadikan kerajaan...
Kutip2 cukai dari penduduk...
Halau2 binatang kalau terjumpa masa tebang pokok...
Pastuh luaskan jajahan tanah lagik...
Gitulah adanya...

Aku dah lama tak main FrontierVille...
Dulu aku gigih main ni tahap tak ingat donia masa betul2 tengah exam...
Giler weh segala mission aku lunaskan...
Memang tak masuk akal...


Semalam tuh aku bole bukak game nie sebab dah tak tau nak main apa...
Sekali gitu dah tak wujud...
Punya canggih dah digabung beberapa games dalam The Pioneer Trail...
Aku tengok macam ada 3 games je dalam tuh...


Haha...!!! Aku memang addict main game...
Tak heran la sebab kakak aku pun sama...
Anak sedara aku pun sama...
Kiranya penyakit keturunan la nie kot...

Wednesday 23 November 2011

Talha Harith a.k.a Joey Cinta Elysa...

Tadik tengok episod ke 11 Cinta Elysa kat tibi 3...
Hari nie best sebab Aril jumpa adik2 Elysa iaitu Kharul dan Imran...
Tapi frust sikit sebab Joey takde hari nie...
Aku konfiden Joey masih hidup... Huhu...!!!


Demi tak dapat tengok dia hari nie...
Aku tulis entri pasal dia...

BIODATA
Nama ~ Talha Amir Harith
Tarikh Lahir ~ 11 Februari
Asal ~ Johor Bahru

Drama ~
Gemilang (TV3), Cik Ah Cik Nin (Prima), Keranamu Laila (TV3), Langit Semalam (RTM), Juvana (TV3), Galau (TV2), Tudung Ekspress (Prima), Habil Dan Qabil, Putera Siput, Iktikad Ahad (TV3), Cinta Elysa (TV3)

TENTANG JOEY
Selain watak Aril lakonan Johan As'ari, aku minat juga watak Joey...
Walaupun jahat tapi nampak kudus...
Tu dulu skg dia dah baik dah wat keja halal...
Atau lebih tepat senang cakap dia nie comey...
Sebelum nie aku pernah memuji-muji kecomelan dia di sini.

Banyak babak Joey yang menarik dalam Cinta Elysa...
Antaranya paling comey masa dia cakap "Eh, belagaknya" pada Sani masa Sani campak duit kat dia...

Beberapa ketika sebelum Sani campak duit singgit...

Selain tuh, part kejar mengejar peragut tu pun comey...
Hanya jauhari yang mengenal manikam...
Sekali tuh yang dikejar kawan sendirik... Adehhh...!!!

Gambar2 kredit kepada suhanpost.com

Tapi part paling comey haruslah masa Joey kacau2 Elysa masa Aril n Elysa tumpang umah dia...
Aku akui budak nie pandai berlakon...
Pandai dia menjiwai wataknya dengan baik...

Joey dan Aril...

MENGENALI TALHA HARITH
Aku tak tengok cite Juvana jadi sabit la kalau aku tak kenal Talha Harith...
Lepas tuh aku banyak gugel2 pasal dia...
Baca majalah yang aku beli pun ada gak...
Rupanya dah banyak drama dia berlakon...
Tapi hampir suma aku tak tengok pun...

Kalau ada pun cuma satu je iaitu Cik Ah Cik Nin...
Hari tu ada ulangan kat Prima baru perasan yang Talha nie jadi anak sedara Zila Bakarin...
Watak dia ala2 lembut2 sikit...
Adehhh...!!! Tak nampak gaya ganas langsung...
Dia nie jadi orang kuat Zila Bakarin yang aktif politik kampung...
Kiranya feeling2 nak rampas jawatan ketua wanita ke hape gitu laa...

Aku minat betul cite Cik Ah Cik Nin nie..
Tiap2 minggu aku tunggu...
Sungguh tak sangka kerana cite nie aku minat Syamsul Yusof...
Tak pasal2 aku like fesbuk dia bagai...
Aik!!! Melalut dah nie jauh benar citenya dari dak Talha empunya tajuk...

Tak dapat carik gambar yang ada Talha so letak yang nie je lah...

Hasil penyelongkaran kedua2 fesbuk beliau...
Nie antara gambar yang aku klasifikasikan sebagai comey...
Semua gambar di bawah kredit kepada fesbuk Talha Harith sendiri...

Jadi budak sekolah...

Dengan Naim Daniel...

Ketika graduasi di Aswara...

Shooting Sepah De Movie...
Cer perati belakang tuh Shuib...

Sape2 yang nak mendekati Talha Harith leh la jengah



Nota Kaki : Memandangkan Talha tak kunci segala gambar dalam fesbuk jadi saya anggap dia tak kisah kalau letak gambar2nya di dalam blog... Kalau misal perbuatan saya nie salah sila beritahu dan saya akan padam... Terima kasih...

Tuesday 22 November 2011

Uji Bakat Raja Lawak 6 ~ Plaza Angsana JB

Seperti tahun2 lepas...
Aku dan family gi tengok uji bakat Raja Lawak...
Bukan nak tengok peserta pun...
Sebenarnya nak tengok pelawak2 sedia ada jer...

Pentas Uji Bakat

Tahun nie aku tak bajet tinggi...
Cam tahun lepas feeling2 nak tengok JoZan sekalik tuh pengacara lain...
So, kali nie main belasah jer...
Otak lebih merangka nak beli barang itu dan ini di Plaza Angsana tuh...

Wah!!! Sungguh tak sangka pengacaranya Mamat Sepah...
Aku memang tak pernah tengok mana2 anggota Sepah mahupun Sepahtu secara live...
Nie yang pertama dan aku akui Mamat memang tinggi orangnya...
Dia pernah publish pasport dia tertulis ketinggian 190cm...

Bukti Ketinggian Mamat

Berpasangan dengan Mamat ialah Caca...
Juri untuk hari tu ialah Baby face, Bob Azrai dan Sheila Rusly...
Sheila Rusly nampak sangat muda dan cantik berbanding kat tibi...

Apa yang kelakar giler (bagi aku ler...)
Berpuluh2 gambar aku amik...
Hampir semuanya goyang...
Aku ni nama je ada kamera...
Tapi tak penah tangkap gambar...
Aku memang tak minat amik gambar...
Kamera aku banyak duduk dalam laci berbanding dalam beg tangan jauh sekali di genggaman tangan...Haha...!!!
Tapi tak sangka pulak skill nak memetik gambar pun aku dah takde....
Uwaaa...!!! Sob sob sob... Seriusly sedih weh...

Nie gambar terbaik Mamat Sepah yang mampu aku snap...

Mamat n Caca mengacarakan uji bakat...

Pengacara bagi tips kat peserta...

Pasangan baju putih + baju itam nie tersenarai dalam calon KIV...

HARI KEDUA
Gigih kan gi tengok uji bakat sampai dua hari berturut2...haha...!!!
Bukan apa, ada barang lagik nak beli kat sini...
Semalam sampai dah kul 4 pm so tak dapat tengok selingan...
Hari nie berharap benar dapat tengok Hazama...

Masih Mamat n Caca...Kasut diorang nie stylo betul...

Aku bajet sampai kul 2pm tuk tengok acara selingan...
Tapi lambat sikit masa tuh Zahid tengah wat persembahan...
Alamak...!!! Hazama dah lepas pulak... Adehhh...!!!
Kalau ikut kat tibi patutnya kumpulan Jambu tapi yang ada nie R2...

Slot selingan...

Lepas Zahid nyanyi tuh diorang nak bagi hadiah pada penonton...
Aku bukan nak komen tapi nie sekadar dari kaca mata aku...
Aku tengok Rahim R2 agak over dalam mengendalikan slot nie...
Ada empat orang tapi nampak cam Rahim agak lebih2...
Seperti biasa adiknya memang tak dapat cakap apa laa...
Sian aku tengok Iwan tuh...Hurmmmm...

Tak mustahil la sebab di akhir slot Rahim ada kata
"Dah lama tak pegang mic, tu yang beria"
Aku tak sure 100% la ayat dia tapi somting like that laa...

Hazama, Zahid n kumpulan R2...

Agak frust tak dapat tengok Hazama nyanyi atau cakap banyak...
Tapi yang pasti kasut Hazama sangat cantik...
Lagik satu, 
Masa Hazama guling2 gelakkan Mawi Angsana tu sangat cute... Haha...!!!
Mode : Gedik sekejap (",)

Tengok bola sepak... Yey!!! Malaysia menang...

Kat situ ada la promosi Astro...
Ramai la pekerja Astro menjalankan tugas...
Dah bukak tibi kat situ diorang duk melepak tengok Sukan Sea bola sepak...
Pasukan negara menentang Myanmar...
Anak sedara aku yang laki sudahnya tengok bola je tak tgk uji bakat pun...
Di hujung garisan baru la gol...
Syukur Alhamdulillah...

Seperti aku cakap sebelum nie...
Datang sini tak sah kalau tak makan mee rebus Hj Wahid...

Mee nie dah berlayar dalam perut aku dengan jayanya... Hehe...!!!

Pelanggan sentiasa ramai...

Begitulah pengalaman aku selama di JB...
Memang best cuma ralat sebab Kak Long aku tak dapat ikut sebab keja...
Kalau dia ada sure lagik best...

Moral Of De Story : Aku kagum dengan orang yang pandai amik gambar dengan cantik dan tepat...

Tahniah Harimau Muda...

Baru kejap tadik aku menggigil2 terketar2 lutut cam nak ujian lisan SPM...
Baru kejap tadik aku berdebar2 cuak cam nak amik lesen keta...
Baru kejap tadik aku rasa tak tentu arah cam dalam bilik temuduga kerja...
Baru kejap tadik aku seram giler cam nak wat pembedahan dulu...

Inilah semangat kesukanan...
Inilah realiti bile menonton pertandingan yang melibatkan pasukan negara...
Tadi bukan main aku menjerit bile Malaysia menang...
Tadi bukan main aku melompat lepas sepakan terakhir membolosi gawang...


Aku akui aku memang tak pandai bersukan...
Lebih tepat aku nie si pemakai tanda nama 'kaki bangku'...
Tapi untuk pertandingan bola sepak aku suka tonton gak...
Lebih2 lagi bile anak sedara aku yang lelaki makin besar nie...


Tahniah Harimau Muda...!!!
Anda wat yang terbaik dalam perlawanan kejap tadik...
Bangga dengan aksi diorang semua...
Paling aku puji ialah diorang sangat tenang menghadapi tekanan...

Aku tak kenal ramai pemain Harimau Muda sebenarnya...
Kalau Harimau Malaya tuh bole laa...
Paling aku minat dalam Harimau Muda nie ialah Muslim...
Pastu sudah pastilah penjaga gol kebanggaan negara Khairul Fahmi...

Mohd Muslim Ahmad

Khairul Fahmi Che Mat

Sebenarnya pemain negara paling aku minat Amirulhadi, Muslim dan KFCM...
Aku suka pemain bola yang lariannya cantik...
Adakah skill tu penting tuk seorang pemain bola sebenarnya?
Haha...!!! Aku tak tau tapi sebab tu la aku suka Amirulhadi dan Muslim...

Dalam permainan tadi Muslim ketara menunjukkan peningkatan kematangan dalam permainannya...
KFCM dah tentulah tak boleh disangkal terbaik dari ladang dan lautan dalam...Hehe...!!!

Tahniah Malaysia kerana berjaya membawa pulang pingat emas...
Malaysia Boleh...!!!

Saturday 19 November 2011

Selesai Semua Urusan...

Alhamdulillah...
Aku boleh menarik nafas lega...
Segala urusan aku dah selesai sekejap tadi...

Kiranya aku tak perlu fikir apa2 skg...
Suma assignment dah hantar...
Baru jap tadik aku email kat pensyarah...
Urusan kat tempat keja pun selesai...


Gile betul petang tadik bole pulak karen mati...
Dari kul 4.30 pm hingga 8.00 pm...
Tentulah aku gelabah kacang sbb masa tuh aku tgh main The Sims Sosial...
Walhal masa tu sepatutnya aku siapkan segala keja...
Tapi aku tak gabra orangnya...
Sebab masih ada masa lagik...Haha...!!!

Takde karen tentulah panas...
So, kitorang anak beranak lepak kat luar umah...
Main la buai tuh yang dah lama aku tak duduk...
Kak Ngah kebetulan tengah goreng jemput2...
So, memang sedap sangat la makan ramai2...


Tak lama lepas tuh Mimi anak sedara aku balik dari sekolah agama...
"Skg takde karen...Mak Dik tak boleh siapkan assignment...
So, tak jadi pegi JB"...
Anak sedara aku ni lurus bendul sikit kadang2...
Tak lalu makan jemput2 tuh takde selera katanya... kah kah kah...!!!

Masa karen dah ada balik tuh...
Mimi sound baik punya...
"Mak Dik, buat assignment...!!!"
Kata dia dengan riang gembira...

Sampai skg Mimi tak tau kitorang tipu2 dia je...
Besok la aku cakap kat dia...
Kesian kan dah 10 tahun masih kena tipu lagi...haha...!!!

Thursday 17 November 2011

Rahsia Di Sebalik Rahsia ~ Metropolitan

Sabtu lepas aku tolong Kak Long pegi hari terbuka sekolah anak dia...
Kat Johor kan ada sekolah agama...
Lepas darjah 6 kitorang akan masuk darjah khas a.k.a sekolah khas...
Sape2 yang duk Johor tau laa...

Contoh Sekolah Agama Di Johor...
Aku gugel je nie...

Kakak atau abang ipar aku bukan tak nak pegi...
Tapi anak sedara aku bagitau lambat...
Agaknya surat terselit kat mana2 kot...

Maka sebagai makcik yang bertaraf 5 bintang, aku pegi sekolah tuh...
Neves jugak sebab seumur hidup tak penah gi hari terbuka budak sekolah...

Bukan itu yang aku nak kisahkan kat sini...Hehe...!!!
Sekolah agama tuh betul2 bersebelahan dengan sekolah rendah aku dulu...
Demi terpandang sekolah lama, segala kengangan menerjah kepala...
Masih aku ingat sekolah agama tuh dibuat betul2 time aku jalani UPSR...
Gile bising masa kitorang jawab periksa tuh...Adoyai...!!!!

Tetiba teringat dulu tiap2 tahun ada perkhemahan kat padang sekolah...
Aku ahli Pengakap sejak darjah 4 sampai darjah 6...
Kiranya persetiaan dan undang2 Pengakap pun aku masih hafal sampai sekarang... Huhu...!!!

Masa darjah 6...
Time malam kebudayaan aku gigih nyanyi berduet lagu nie dgn kawan aku...
Kalau disuruh buat semula skg mati idup semula aku tak nak...
Harus ke lautan dalam segala pic... Muntah ijo...Wakaka...!!!

Jap tadik aku teringat nak dengar balik lagu nie...
Harus aku tak tau tajuk dan penyanyinya...
Aku cuba taip sebahagian lirik "dan kini kita terbuang di awangan"...
Terus keluar utube gambar kucing nie...
Ooo... Baru aku tau penyanyinya Metropolitan...


Dengar balik rasa sedih ingat zaman kecik2 dulu...
Kawan2 aku ntah dah bersepah kat mana...
Ada jugak yang dapat dihubungi melalui fesbuk...
Yang duduk kat area sini2 jugak ada la terserempak kat pekan...
Aku dikhabarkan salah sorang kawan sekelas dah pulang ke rahmatullah...
Al-Fatihah buat Arwah Herman...

Nota Kaki : Hari tu kawan aku dah mesej kat fesbuk mintak alamat sebab dia nak kawin bulan depan.  Tahniah dan moga bahagia ke akhir hayat... Dulu masa sekolah aku selalu pegi umah dia lepas balik sekolah pagi sebelum pegi sekolah agama...Hehe...!!!

Wednesday 16 November 2011

Malas Menguasai Diri...

Aku ada tugasan nak kena hantar Sabtu nie...
Tapi tak siap lagik...
Mati hidup semula aku kena siapkan jugak...
Banyak lagik bab yang nak kena buat nie...
Motip aku masih bermalas2 lagik... Adehhh...!!!


Aku google pasal malas...
Jumpa gambar kucing nie...
Saje teringat anak sedara aku...
Dia suka kucing...
Kalau dia tengok gambar nie mesti dia suka pastu gelak sakan...

Lena je kucing nie kan...
Nie kalau aku lena best gak nie...
Tapi kerja2 aku macam mana...Haha...!!!

Tuesday 15 November 2011

Mee Rebus Hj Wahid ~ Plaza Angsana

InsyaAllah Sabtu dan Ahad nie aku nak pegi JB...
Saje jalan2 tengok uji bakat Raja Lawak 6...
Sebenarnya aku mula pegi tengok uji bakat RL sejak musim keempat lagik...
Tapi sebelum nie untuk negeri Johor di buat di Plaza Kotaraya...
Tahun nie ada perubahan di Plaza Angsana...

Lebih mudahlah nak pegi Angsana tu bagi aku...
Kiranya situ tempat aku melepak jugalah masa muda2 dulu...

Apa yang istimewa kat Plaza Angsana...?
Bagi aku paling istimewa sebab situ banyak memori...Haha...!!!
Aku dulu mula2 keja di JB dan selalu melepak dengan kawan2 kat sana...
Dulu sebelum ada keta, pegi dengan kawan aku naik bas ke Angsana tuh...
Jalan bukan main jauh lagik wehhh...
Tapi memori tak boleh kata la kannn... Indah saje...

Kak Ngah aku orang pertama dalam keluarga yg mengesan kesedapan dan kehebatan mee rebus Hj Wahid...
Kat sini sebut je mee rebus Hj Wahid sape tak kenal...
Aku bukan penggemar mee rebus...
Tapi melihatkan keterujaan + ketaksuban kakak aku,
aku pun join sekali skg...
Seriusly memang sedap...

Sedapnya...Tak sabar nak makan...

Kredit kepada tuan punya gambar yang digugel...