Monday 29 August 2011

Sepah Berpecah... Aduhai...

Dalam sibuk2 duk buat persiapan raya...
Semalam aku dikejutkan oleh sorang teman forumer ttg perpecahan kumpulan lawak Sepah yang menjadi kegilaan kami...
Adussss...!!! Nape di saat nak raya nie aku bole dgr berita yang sgt sedih cam nie...

Merujuk kepada kawan aku tuh...
Dia baca suratkabar Berita Harian...
Namun dia tepekkan artikel daripada blog beatifulnara yang menceritakan ttg perkara tuh...
Siyes aku terkejut badak...Kecewa...Sedih...Sayu...Sentap...
dan bermacam2 lagik laa...


Berikut ialah kata-kata Jep Sepah selaku ketua kumpulan:-
Selepas kemenangan itu (Raja Lawak 2009), semua displin dibentuk oleh anggota Sepah semakin berkurangan dan ia terus tenggelam apabila kami berjaya mencipta nama. Kemudian Tuhan memberi peluang kedua di dalam Maharaja Lawak, kami bina semula nama Sepah itu, tetapi hari ini saya nekad berpecah selepas sekian lama memendam perasaan.

Namun ternyata keputusan Jep ini sangat-sangat mengejutkan Shuib. Kata Shuib:-
Saya sayang kumpulan Sepah tetapi jika Jep sudah berkata begitu, saya ikutkan saja. Perkara ini memang ada kami bincangkan sebelum ini. Saya tidak ada apa yang ingin dicakapkan kerana perkara ini baru hari ini diputuskan dan kami akan berpecah, apa yang saya boleh buat saya akan menjaga diri sendiri selepas ini.

Aku hilang kata2...
Selama nie aku dan beberapa orang kawan gigih menggerakkan benang Sepah di forum...
Kami minat Sepah seikhlas hati...
Kami mengikuti perkembangan Sepah setiap inci...
Tapi kenyataan2 macam nie wat aku luluh hati...
Banyak perkara terlintas di benak aku nie...


Pertama, Jep ketua kumpulan Sepah kah...
Aku mengikuti Sepah sejak mereka dalam Raja Lawak 3 lagik...
Gigih jugak la aku undi diorang sampai berjaya jadi juara...
Dalam mana2 artikel yang aku baca tak pernah dinyatakan Jep adalah ketua...
Cuma selalunya ditulis Jep bercakap mewakili kawan2nya...
Wakil itu bermaksud ketua ker...
Atau aku yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia...

Tak dinafikan dalam byk2 anggota Sepah, Jep la yang paling aku minat...
Bukan sejak Maharaja Lawak tapi sejak Raja Lawak lagik...
Boleh la dikatakan tahap gilerkan dia jugak sampai konon2 kami berebutkan Jep kalau lepak kat forum...

Tapi kali nie aku amat kecewa dgn kenyataan Jep...
Tak kisah lah kalau mmg ada masalah disiplin atau apa pun...
Tapi tak perlulah sebutkan cukup sekadar kata ada masalah dalaman atau takde persefahaman...
Itu lebih baik untuk semua kan...

Tentang Mamat...
Berikutan prestasi Mamat yang kurang menyerlah masa Maharaja Lawak ramai yang melabel mamat tiang la pak pacak la prop la dan apa jua yang sewaktu dengannya...
Ditambah pulak Mamat baru2 nie ada kes percintaan yang agak hangat...
Dia banyak dikutuk di laman maya nih...

Itu hal peribadi dia...Lantak la khennn...
Tapi mungkin ramai tak tahu Mamat adalah tonggak utama Sepah masa Raja Lawak 3 dulu...
Aku tak rasa Mamat takde bakat, tak lawak, takde idea...
Tapi hati aku kuat merasakan Mamat tak diberi peluang utk menggunakan idea dia n tak diberi peluang utk pegang watak yang byk dalam setiap sketsa...
Mungkin aku silap...Nie cuma firasat aku jer...
Selain itu contoh lain, dalam kes berpecah nie ada kenyataan dari Jep n Shuib tp nape takde kenyataan dari Mamat...
Adilkah untuk dia...

Shuib pulak...
Aku cukup kesian dgn Shuib...
Kenyataan dia punya la sayu giler...
Shuib anak tunggal yang sentiasa perlukan kawan2 dalam hidupnya memandangkan dia takde adik beradik lain...
Menurut teman forumer aku yang tgk Gala TV kat Astro Ria Shuib n Sarah beria2 benar menidakkan desas desus yang mengatakan Sepah akan berpecah...
Tapi apa dah jadi...
Memang ada fakta yang mengatakan Shuib dapat job paling banyak banding yang lain tp aku yakin Shuib tak nak Sepah berkubur macam tu jer...


Tentang aku...
Senang jer...Aku selalunya takkan memberi peluang sesuatu perkara berlaku sampai 3 kali...
Masa shooting Gegar Raya isu berpecah nie dah disebutkan di 3 buah akhbar...
Tak lama lepas tuh ianya dinafikan dan aku percaya...
Skg seantero peminat Sepah direntap dgn kenyataan berani mati dari Jep...
Di sana sini peminat merayu2 supaya batalkan niat itu...
Bagi aku buatlah apa yang terbaik yang dapat difikirkan saat ini...
Namun aku tetap mendoakan agar Sepah tidak berpecah...
Harapan aku yang takkan pernah berpenghujung...
Dan kalau pun benar2 berpecah sokongan aku pada Jep, Mamat n Shuib tak pernah berbelah bahagi...


Nota Kaki : Bagi aku kenangan tu suatu yang amat tinggi nilainya. Jep n Mamat dah kawan sejak kecik lagik. Kenang lah waktu tu pasti banyak memori indah yang dah dikongsi berdua... Aku saje letak gambar2 lama sbb mungkin lepas nie gambar2 tu tinggal memori jer...




Monday 22 August 2011

Paling Saya Sayang...

Siapa orang yang paling aku sayang...???

Masa aku sekolah dulu cikgu Kemahiran Hidup ada ajar...
Tentang siapa orang yang paling kita sayang dalam hidup nie...
Pengajaran dan pembelajaran tu disertakan sekali dgn aktiviti yang releven...
Cikgu suruh kitorang fikirkan sape orang yang kite paling sayang dalam dunia...
Masa tu aku fikirkan mak...


Pastu cikgu suruh gi kat satu gerobok...
Dia kata bukak pintu gerobok tu nanti ada cermin...
Kat cermin tuh kita akan nampak muka orang yang paling kita sayang...
Perghhhh...!!! Dalam hati aku saktinyer cermin tu bole kuar muka mak...

Rupa2nya kuar muka aku kat cermin tuh...
Memang la tengok cermin akan keluar muka kita sendiri khennn...
Cikgu kata diri kite adalah orang yang paling kita sayang...
Walau siapa pun orang lain yang sangat bermakna orang tu tetap jatuh di tempat kedua...

Sejak tuh aku faham kita perlu sayang diri sendiri lebih dari orang lain...
Hari nie dah 18 tahun berlalu...
Tapi apa cikgu ajar mmg sentiasa segar dalam ingatan...
Oleh sebab itu, dalam tindak tanduk aku dalam kehidupan nie...
Aku akan utamakan diri aku sebelum orang lain...
Bunyi macam mementingkan diri sendiri kan...
Tapi aku berpendapat kita takkan dapat bahagiakan orang lain kalau kita tak bahagia...


Aku hari ini...
Kehidupan aku dah senang dgn kerjaya, keluar dari belenggu kemiskinan lalu dan bahagia dgn fikiran yang lapang...
Kesenangan dan kebahagian itulah yang aku akan gunakan utk senangkan orang kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh yang aku sayang...
Ya Allah Ya Tuhanku, Moga bahagia ini berkekalan...
Amin (",)

Friday 19 August 2011

Lemon Tree - Fool's Garden

Lagu nie mengimbau kenangan aku masa sekolah dulu...
Sebenarnya byk lagu yang kawan2 aku suka nyanyi...
Lagu nie lagu kegemaran Joy...
Curlast kan nama kawan aku Joy...Haha...!!!
Sebenarnya nama dia melayu2 jer...
Tp sbb mulut dia kepoh dapat la gelaran Joyah...
Joyah cam tak best khennnn...
So, tukar la pada Joy...Huhu...!!!



Lagu nie hari2 Joy nyanyi...
Kebetulan masa study kat bilik study tuh aku duk depan dia...
So, aku pun naik hafal...
Sebab apa dia minat lagu nie tidak ler aku tau puncanyer...

Waktu study tuh...
Aku ada la aktiviti tambahan yang dibuat...
Kadang2 rasanyer aktiviti tambahan nie lebih utama drp study... Haha...!!!
Dari tingkap tuh aku akan tgk admirer aku gi study kat blok sekolah...
Dah tgk muka dak tu baru la semangat nak study kononnyer... Wakaka...!!!

Apa pun yang Joy wat skg hope dia bahagia selalu dgn hubby dia...
Lama tak berhubung wpn kitorang bukan jauh sgt pun...

Lemon Tree lyrics
Songwriters: Freudenthaler, Peter; Hinkel, Volker;

I'm sitting here in a boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time, I got nothing to do
I'm hanging around, I'm waiting for you
But nothing ever happens and I wonder

I'm driving around in my car
I'm driving too fast, I'm driving too far
I'd like to change my point of view
I feel so lonely, I'm waiting for you
But nothing ever happens and I wonder

I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue, blue sky
And all that I can see is just a yellow lemon tree
I'm turning my head up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just another lemon tree

I'm sitting here, I miss the power
I'd like to go out, taking a shower
But there's a heavy cloud inside my head
I feel so tired, put myself into bed
Where nothing ever happens and I wonder

Isolation is not the good for me
Isolation, I don't want to sit on a lemon tree
I'm steppin' around in a desert of joy
Baby anyhow I'll get another toy
And everything will happen and you'll wonder

I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue, blue sky
And all that I can see is just another lemon tree
I'm turning my head up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just a yellow lemon tree
And I wonder, wonder

I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me 'bout the blue, blue sky
And all that I can see, and all that I can see
And all that I can see is just a yellow lemon tree

Monday 15 August 2011

Kek Cawan Saya...

Kek cawan nie ada nama aku kat atasnyer...
Rasa dah lama tak tgk gambar nie...
Rasa dah lama tak makan kek cawan nie...
Makan la sgt padahal aku tak pernah makan pun kek nie...

Kek nie dikalerkan oren atas permintaan aku

Kek cawan nie dibuat khas oleh teman forumer masa kitorang tgh gigih berkuntum dalam satu benang dulu...
Kawan aku nie namanya Yune Octovia...
Sangat indah namanya sebaik pekertinya...
Orangnya mmg sporting giler n kalau part membawa mmg dia master...Hehe...!!!

Kisahnye Yune nie kerjayanya pembuat kek cawan...
Masa tuh kitorang akan wat permintaan utk dia wat kek cawan untuk kitorang...
Aku antara yang terawal dapat...
Malah aku dibuatkan dua kali...Huhu...!!!
Jangan jeles yer :-P

Kek cawan kedua dari Yune

So, apa jadi pada kek2 cawan nie lepas ditangkap gambar n diupload untuk tatapan tuan punya nama...
Yune akan arahkan adik dia ke sedara mara dia ker makan kek nie...
Sampai situ je lah riwayat kek2 nie suma...Hehe...!!!

Aku teringin nak makan kek nie...
Memang macam kempunan...
Lebih kempunan sbb skg aku n Yune dah lama tak berhubung...
Walau apa pun, aku doakan Yune sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga n teman2nyer di Sabah sana...
Amin...
Koleksi kek cawan hasil air tangan Yune

Eustress Dan Distress

Boleh dikatakan dah banyak jugak entri aku buat...
Tapi rata2 sekadar menceritakan perasaan aku sendiri...
Kiranya takde la entri yang bersifat ilmiah khennn...
Maka, julung2 kali aku nak wat entri berilmu...
Nie sebahagian nota aku...
Aku tinggalkan kat sini sebagai salah sebahagian memori juga...



STRESS
Stress  boleh  ditakrifkan  sebagai  respons  badan  dalam  menghadapi  stressor samada  secara  fisiologi, mental  atau  fizikal.  Stressor  iaitu  punca  stres  boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stres fizikal, sosial ataupun  psikologi  yang  menyebabkan  tubuh  kita  perlu  untuk  melakukan  penyesuaian untuk menghadapinya. 

Eustress 
Eustress  adalah  stres  yang  menghasilkan  kesan  positif  dan  kegembiraan seperti  perkahwinan,  naik  pangkat,  mendapat  ahli  keluarga  baru  dan berpindah rumah.

Distress
Manakala  distress  pula  adalah  stres  yang  mengakibatkan  kesan  negatif kepada mangsa  seperti  kematian,  kemalangan  jalan  raya,  berpenyakit dan beberapa musibah lain.  

Aku pasti kita semua pernah stress...
Cuma kekerapannya berbeza setiap orang...
So, anda dalam kumpulan yang mana...

Sunday 14 August 2011

Berakhirnya Hari Ini...

Sejak beberapa minggu lalu...
Aku menantikan hari ini tiba...
Hampir setiap detik aku menunggu hari ini tiba...
Walau penuh debar n ketar aku tetap harap hari ini tiba...

Dan...
Hari ini memang dah betul2 tiba...
Tiba dan berlalu pergi macam tu jer...
Segala tekanan macam dah terlepas bebas...
Dada yang sesak rasa lapang...


Kalau nak diikut2kan dah 2 tahun aku study...
Mustahillah aku tak dapat sesuaikan diri...
Sampai nak stress bagai sekadar nak exam je khennn...
Malu la cam tuh...wakaka...!!!

Cuma sem kali nie aku agak malang...
Dua paper yang aku amik kebetulan exam dalam sehari...
Pagi dan petang...
Otak terasa penat...Tangan dah tak larat...
Kudrat pun dah tak berapa kerat...


Dah sistem uni nie cam nie...
Kami ditentukan untuk exam pada hari Sabtu n Ahad jer...
So, untung sabut timbul...untung batu tenggelam...
Kali nie aku tenggelam...
Sesuai la khennn dgn tagline aku "aku tenggelam dalam kenangan". Haha...!!!

Bunyi cam aku merungut kan...
Walau tak mengaku tapi aku rasa skg nie aku tengah merungut...
Hrmmmm...elemen2 yang aku tak minat dalam diri sendiri...
Aku harap ini bukan rungutan tp perkongsian...
Boleh ke cam tu...Uwaaaaaaa...!!!


Nota Kaki : Bersyukurlah dengan setiap yang dah ditentukan...

Saturday 13 August 2011

Kerana Terluka - Nurul

Best kan lagu nie...
Lagi ni popular masa aku Form 4 dulu...
Dah lama sgt kan...
Berbelas2 tahun lalu...

Aku masih ingat member kelas aku Tini namanya suka benar nyanyi lagu nie...
Memang mendayu2...Sora sedap bole la khennnn...Haha...!!!
Aku tak tau la Tini saje2 suka nyanyi lagu ni sbb melodinyer sedap ataupun lirik terkena dgn diri dia...
Motip la sgt kan baru Form 4 nak terluka2 bagai...Hehe...!!!
Tapi masa tu pun Tini memang dah ada boipren pun...Amy namanyer...

Aku memang suka lagu nie...
Aku akui sora Nurul mmg sedap...
Perenggan akhir yang aku italickan macam terkena batang hidung sendiri pulak...Haha...!!!

Beratnya rasa hati nak melangkah pergi
Tetapi apakan daya aku terpaksa
Buat kali terakhir inginku mengucapkan
Semoga dirimu berbahagia selalu
Tentang diriku ini
Terserah padaMu Tuhan menetukan...

Tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi
Pandailah aku menjaga diriku ini
Sekali kumelangkah oh biarlah ku teruskan
Perjalanan ini walaupun sendirian
Hanya Tuhan yang tahu dukalara hidupku ini
Tak terkata, aduhai sayang...

Ku masih lagi teringat
Bicaramu yang terakhir
Pedihnya hingga menikam kalbu
Bisanya...

Selamat tinggal sayangku
Selamat tinggal kasihku
Aku terpaksa pergi dahulu
Kerana terluka hati ini

Kiranya tempias membasahi jendelamu
Itulah airmata yang jatuh di pipiku
Kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu
Oh itulah rinduku yang menyebut namamu
Setelah sekian lama tak jumpa

Friday 12 August 2011

Bulan Kemerdekaan...

Bulan Ogos bulan kemerdekaan...
Tu suma orang tau...
Tapi tahun nie cam tak terasa bahangnya sbb serentak dgn bulan posa kot...
Harus kuasa Ramadan lebih besar berbanding semangat kemerdekaan...


Di tempat kerja aku, boss baru dah datang...
Setelah beberapa bulan kapal tak berkemudi...
Ada la rasa kekok gak bila dah ada boss nih...
Tapi beliau nampak okey saje...
Aku pasti beliau baik orangnyer...


Petang tadik mesyuarat kami dgn boss baru...
Banyak2 perkara aku tak kisah sangat...
Cuma satu perkara nampak cam biasa tp aku terkujat juga...
Boss kata nie bulan kemerdekaan kena ada semangat kemerdekaan...
Salah satu cara dgn letak bendera kat kereta...


Adehhhh laaa nie yang lemah...
Bukan aku takde sifat patriotik...Tidak sama sekali...
Aku anak Malaysia yang menghargai kemerdekaan setelah sekian lama...

Cuma dulu aku pernah pasang tup2 terbang kat tengah highway...
Pasti Jalur Gemilang tu dilanggar2 kenderaan lain khennn...Hrmmm...
Ada pulak kawan aku tampal di kereta...
Bila nak cabut balik kesan double tape tu tak leh hilang...
Nampak comot dan cacat kereta dia...

Adoiiiii cam ner nie....
Kalau aku wat tak tau jer boleh tak...hehehe....!!!

MERDEKA...!!! MERDEKA...!!! MERDEKA...!!!



Wednesday 10 August 2011

Entri Penuh Kesedihan...

Petang2 macam nie...
Sambil tunggu waktu berbuka puasa...
Sepatutnya aku luangkan dgn baca modul OUM dan bersedia utk exam Ahad nie...
Tapi apa dah aku buat...???
Macam biasa bila dah online aku mmg tak dapat mengawal diri...
Menerjah ke mana2 saje...

Lewat petang tergerak jengah blog kawan2 maya ku...
Sebelum tu aku dah singgah ke blog jejariruncing...
Walaupun entri tu cam dah agak lama tapi aku belum baca lagi...
Sadis dan trajis...
Gagahnya gadis tu menulis panjang berjela macam tu di saat hati betul2 tengah bersepai...


Aku jengah blog teman maya...
Seseorang yang baru2 nie aku rasa amat rapat dgn dia...
Hari nie aku rindu sbb dia tak masuk forum
(kalau dia tau sure dia gelak aku rindu kat dia) Haha...!!!
Ada entri baru dalam blognya...
Tuhanku...Tabahkanlah dia dgn apa yang berlaku...
Mungkin aku tak mampu memberi nasihat atau menenteramkan hatinya...
Tapi jauh di sudut hati aku amat memahami perasaannya...


Tak lupa aku ke blog teman maya seorang lagi...
Kami kenal dan mula rapat di tempat yang penuh gelak ketawa...
Berkongsi minat di benang Maharaja Lawak tapi rupa2nya hati masing2 sebaliknya...
Tabahlah dik...
Takde kata2 yang sesuai untuk diucapkan selain tu yang aku mampu...
Mungkin pengalaman kita tak sama tapi aku sangat mengerti...


Harap Ramadan n Syawal yang bakal tiba memberi sinar baru buat kalian semua...
Dan diriku juga...
Amin...

Monday 8 August 2011

Bahana Tak Angkat Telefon...

Dari dulu aku mmg tak berapa suka bercakap di telefon...
Kalau telefon umah mmg susah giler la aku nak angkat selagi ada orang lain...
Keupayaan aku tuk bercakap di telefon mmg agak terhad...
Lagi2 kalau kat tempat bising...Adehhh...


Tapi bukan tu yang aku nak cite...
Kisahnye aku mmg tak suka jawab panggilan kat henpon terutama kalau no yang aku tak simpan...
Sejak aku pakai kad kredit mmg byk offer2 insurans, kad itu kad ini bla bla bla...
Aku selalu anggap 'Alah, kalau penting orang tu akan call balik'...

Nie henpon aku Nokia E65
Cute khennn cam henpon Joo Yoo Rin dalam My Girl
Tepon nie sgt bagus
Dah 4 tahun aku pakai tak pernah ada masalah


Beberapa hari lepas tgk henpon aku ada miss call dari kawan sekuliah...
Niat hati nak call/sms sok pagi kot ada perkara penting...
Ye la kawan ni tak berapa rapat dgn aku pun...
Dan seperti lazimnya aku mmg byk makan semut so aku terlupa... Huwaaaaaaaaaa...!!!
Cerita tu berakhir di situ...


Hari Sabtu aku berhempas pulas study tuk exam esoknyer...
Last minit tu perkara biasa...Huhu...!!!
Tetiba ada kawan bersms dgn aku n secara tak sengaja tanya tentang surat perjanjian pinjaman dgn uni yang kami study...
Tarikh hantar Isnin depan katanyer...Biar betik....!!!

Panik...!!!

Kecoh punya kecoh, call uni apa suma...
Aku bergegas gerak nak amik dokumen tuh kat bandar...
Mandi pun ala2 tak basah je nih...
Bawak keta pun ala2 pelumba F1 gituwww...
Adoiiiii...Mana nak carik penjamin...Tak kisah sgt sbb kakak aku 2 orang depan mata jer...
Yang rumit nak carik saksi...
Nak hantar dalam masa 2 hari...
Petang Ahad lak exam yang aku lum ready mana...Ayarkkk...

Tup tap tup tap...Pung pang pung pang...!!!
Allah tu maha pengasih...
Dalam saat genting pun pasti ada jer jalan dan orang yang akan tolong...
Aku dapat juga hantar segala yang dimahukan tepat pada tarikh dan masanya...
Syukur Alhamdulillah...


Cuma pesanan aku ( motip pesan bagai padahal blog takde follower pun...kah kah kah!!! )

Kalau ada miss call tu sila la call balik atau meseg yer... Hrmmmm...



Friday 5 August 2011

Jangan Salah Tafsir...

Lepak2 di forum...
Banyak topik diperbualkan...
Bile dah masuk topik hati dan perasaan aku pun tak kisah nak share...
Sebab bagi aku tu suma dah jadi bekas bukan berdarah atau menanah lagik...

Mungkin teman baru yang belum kenal rapat merasakan aku masih terperosok kekecewaan...
Sehingga menghadiahkan aku dgn kata2 semangat seumpama ini...


Sebenarnya tidak...
Aku jalani kehidupan yang amat normal dan gumbira hari nie...
Perkara yang berlaku hanya sekadar memori indah utk dikenang saje...
Tapi kata2 di atas ada benarnye juga kan...
Allah maha berkuasa ke atas hambaNya...
Yang nie lebih indah  dan puitis...
Font pun cantik khennnn...
Ya, aku mmg HAPPY tak dinafikan langsung...
Aku tak perlu nak FORGIVE sebab aku tak rasa dia bersalah pun...
Aku malas nak ambik CHANCES lagik sbb tak kuasa dah...
Memang aku langsung tak REGRETS malah aku beruntung sbb dapat peluang...
Melupakan yang PAST itu tak mungkin la dapat aku buat...
Tapi biarlah tak rugi pun...
REMEMBER tu harus la wajib tidak sekali2 akan terpadam...

Jangan salah anggap...
Aku bukannya tengah bersedih saat ini...
Aku tak tipu...

Thursday 4 August 2011

Ramadan Datang Lagi...

Hari nie dah masuk hari ke 4 umat Islam menunaikan ibadah puasa...
Tapi bagi aku hari nie baru hari kedua aku posa...
Hari nie dah okey...
Tak la penat giler cam semalam balik kerja terus terjunam atas katil...



Skg nie kat sini hujan...Rasanye cam dah lama giler tak hujan...
Rasa damai jah...sejuk jer suasana...
Mujur skg wpun hujan siaran asteruk tak tergendala...hehe...!!!
Tapi tu la risau kalau hujan berterusan cam ner nak gi bazar Ramadan petang nih...



Ramadan kali nie aku harap aku menjadi lebih baik dari sebelumnyer...
Kalau yang dah baik aku nak kekalkan...
Mana yang tak baik mana aku nak jadikan lebih baik...
Dan yang tak baik aku nak buang jauh2...
Tapi boleh ke aku...???  Mampu ke aku...???
Mudah2an...InsyaAllah diperkenankan...Amin (",)

Tuesday 2 August 2011

Bila Exam Tiba...

Bila exam tiba, mula la aku merepek yang bukan2...
Hampir tiap2 sem cam tuh...
Apa nak jadik pun tak tau laa...

Pernah dulu tah sem berapa time nak exam aku bole gile main game Frontierville kat fesbuk...
Fuh...!!! Gigih giler siang malam sampai tinggi gak la level yang aku dah capai...adehhh...
Skg nie hampeh game nie dah sekian lama aku tak bukak...haha...!!!


Pernah jugak aku gigih tgk utube cite2 korea...
Tak cukup dgn tuh gi beli DVD tgk pulak...
Kalau dah cite korea tentulah panjang citernyer...



Kali nie kegilaan aku bertambah satu takak lagik...
Bole pulak tangan aku nie gatal buat blog nie pulak...
Bile dah bukak mula la nak teroka itu ini ke situ ke sini...
Tapi takpe la best jer ada blog nie rupanyer...hehe...!!!



Kali nie jugak aku kembali kepada penyakit lama...
Giler berforum...woohoo...!!!
Kali nie melepak tak ramai tak sampai pun 5 orang...
Tapi benang meriah jer...
Cam ada ramai jer org kat situ...
Lagi pulak aku diamanahkan tuk bukak benang baru...
Bukan aku tak pernah buat dulu tp dah lama tinggal so nerves gak laa...hehe...!!!

Apa pun aku tetap yakin dengan apa yang aku buat...
Masa yang ada kite perlu study smart khen bukan study hard...
Mudah2an segala2nya berjalan lancar cam biasa...Aminnn (",)

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Beberapa hari lepas aku dengar lagu nie...
Lepak2 kat forum wat aku tau kewujudan lagu nie...
1st time aku dengar sbb aku pun bukan suka sgt dengar2 lagu kan...
Lain la kalau tgk utube lawak, biasa je aku wat menda tu...haha...!!!

Bile lagu nie menerjah jer cuping telinga...
Mak aih...sedih giler weh...!!!
Dah la melodi sedap giler...
Lirik tuh yang sebenarnye wat aku tersembam tersungkur melingkup...
Memang sedih giler dan akhirnyer merentap emosi aku tuk beberapa hari nie...adehhh...!!!



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Yang Pertama

Assalamualaikum...

Post yang pertama...
Pada hari pertama blog nie dibuka...
Pada hari pertama puasa...
Pertama apa lagik ekh...

Sebenarnya keinginan utk bukak blog nie dah lama...
Lebih 2 tahun lalu rasanyer...
Tapi macam bertangguh2...
Konon sibuk itu dan ini...
Konon takut tak diupdate nanti...

Haha...!!! Hari nie bukak gak blog...
Atas sebab yang amat simple tp lucu bagi aku...
Mungkin dah peel keturunan kami mmg cam nie...
Apa nak buat...Hehe...!!!