Sementara demam drama Jodoh masih melanda nie...
Sesuai la kot aku nak kongsikan lagu tema drama nie...
Lagu temanya ada tiga...
Semuanya sedap2 belaka pada pendengaran aku...
En Azlan dan Olly
1. Waktuku oleh Mill
Memandangkan lagu nie sangat merdu...
Sekali dengar dekat drama Jodoh hari tuh terus aku jatuh chenta...
Maka, sekarang lagu nie adalah ringtone handphone aku...
Thanks pada Mimi anak sedara aku yang tolong buatkan ringtone tuh...
2. Fatamorgana oleh Tysha Tiar
Lagu nie catchy2 jer...
Lagu nie main masa permulaan drama nie...
Yang masa montaj tuh...
Gramatis kan tajuknya fatamorgana...
Setakat nie lagu En Azlan nie lum ada videonya...
Dengar2 diorang tengah wat MV sekarang...
Seriusly tak sabar nak tengok...
Sesungguhnya aku sangat berbangga Dazrin boleh nyanyi sebaik tuh ^_^
Update ( 21 April 2013 ) :
MV Kota Antara Hencik Azlan dah ada...
Boleh tengok kat Astro Ria...
Nie ada diorang upload kat Facebook Jodoh...
Jom menghayati sweetnya En Azlan dan Olly dalam MV Kota Antara...
Lirik Kota Antara
seringkali ku rasai alam ini bagaikan terhenti tiada cahaya tiada lagi nyawa merana kerana cinta di dada
tak terdaya ku melangkah segala perjalanan mengundang padah relaku menunggu biarpun dalam pilu sehingga masanya kita bersama
hanya di kota antara aku yang meniti panas mentari salju menggigil aku terpenjara sepi dan menanti di antara di antara kau dan dia
biar cinta ku rasai bersemadi abadi di kota ini takkan aku mampu melihat airmatamu biarkan ku bersendiri di sini
dan bila rasa terseksa ku sering mencari jalan keluar mengharapkan semuanya berakhir
kau maafkanlah diriku ku takkan bisa menghulurkan cinta yang separuh bersamanya... Lagu & Lirik : Audi Mok
Jom hayati gambar-gambar dalam MV Kota Antara
En Azlan terkenang kisah lalu
Print screen by tiewa @cariforum
Apakah yang diperkatakan oleh En Azlan
Thanks my dear tiewa @cariforum
Happy Ending
Lagi gambar yang diprint screen oleh tiewa @cariforum
Suka sangat tengok Olly wat muka gini
Kredit to tiewa @cariforum atas kegigihan beliau
Segala link facebook, lirik Kota Antara dan gambar2 yang diprint screen kredit kepada forumer tiewa...
Aku dah dilanda demam lagi...
Kali nie demam drama Jodoh...
Drama nie disiarkan kat Astro Ria setiap Isnin 9 malam...
Teraju utama cerita nie ialah Scha Alyahya dan Dazrin Kamarudin ...
Ternyata penangan Encik Azlan dan Olly sangat kuat...
Tiap2 hari aku layan rakaman drama nie...
Tak jemu2 dan tetap gigih nak gelak jugak...
Malah setiap hari tak sabar nak tunggu kemunculan Isnin...
Nie lagu nyanyian Olly...
Masa nie peserta diberi tugasan cipta dan nyanyi lagu untuk En Azlan...
Sepatutnya lagu nie puji memuji En Azlan la kiranya...
Tapi tengok je la apa Olly dah buat... Hahaha...!!!
Dah lama rasa nak update blog...
Tapi bertangguh-tangguh...
Duk gigih berforum dan berkebun kat Farmville2...
Tak kurang sekarang aktif dengan Twitter dan Instagram pulak...
Kali pertama aku nampak Dazrin kat TV ialah drama Memberku Hawa...
Dia pegang watak hero kedua dalam cite tuh...
Kali kedua dalam drama Adam Dan Hawa kat Astro Mustika HD 134...
Mengikuti cite tu tanpa perasaan sebab tak minat pun hero dan heroinnya...
Johan ~ Episod Akhir
Menurut perbualan dengan kawan2 di forum...
Ramai yang tak suka dengan watak Johan dalam Adam Dan Hawa...
Ada yang tak suka kerana watak, ada yang kata lakonan kurang menjadi...
Tapi bagi aku watak Johan tu la yang wat aku melekat tengok cite tuh...
Babak Nie La Aku Rasa Johan Paling Comey Dan Kudus
Habis Adam Dan Hawa mula pulak Fear Factor Selebriti Malaysia...
Wah! Kat sini kecintaan pada Dazrin makin meningkat...
Rambut maintain cantik walaupun dah tak sama cam rambut Johan...
Cuma dari Fear Factor aku tau Dazrin sangat banyak mulut orangnya...
Dalam Fear Factor dia dipasangkan dengan Hairul Azreen...
Diorang memang dah rapat dari awal atau bagaimana tidak lah aku tahu...
Pasangan diorang nie antara yang digeruni...
Cukup membanggakan dah menang dua episod mingguan pun setakat nie...
BIODATA
Nama : Dazrin Kamarudin
Tarikh Lahir : 10 Mei 1988
Tinggi : 5' 11 / 180cm
Berat : 70 kg
Asal : Klebang, Melaka
Aktiviti Seni : Pelakon, pengacara, model iklan, model peragaan dan penyanyi
Adik-beradik :
Kedua daripada 3 beradik, lelaki tunggal
Bapa :
Datuk Kamarudin Md Shah ~ Yang Dipertuan Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka
Pendidikan :
Ijazah Sarjana Muda Filem Video Dan Media
Ijazah Sarjana Muda Global Dan Pengajian Antarabangsa
Menurut carian yang aku buat...
Dazrin nie ada ilmu taekwando, karate dan silat...
Wah! Hebatnya dia... Harus tangkas dan berani...
No wonder la dia terpilih dalam rancangan Fear Factor tuh...
Terbaru drama Jodoh lakonan Dazrin wat aku betul2 terkesima...
Drama nie ditayangkan kat Astro Ria...
Hari Isnin 9 malam...
Mungkin aku memang suka menda2 lawak sebab tu aku suka cite nie...
Dazrin berlakon watak Encik Azlan yang masuk rancagan cari jodoh...
Rancangan ala2 The Bachelor dan Mencari Cinta tuh...
Heroinnya Scha Al Yahya watak ala tomboy dan sempoi gituh...
Shca memang pakar dalam bawak watak2 macam tuh...
Encik Azlan, Olly dan Bob
Setakat hari nie drama Jodoh nie baru 2 episod...
Aku dah ulang tengok rakaman kat PVR Astro berkali2 dah...
Memang tak jemu dan harapnya kekalkan momentum sehingga akhir...
Sesungguhnya tak sabar nak tunggu hari Isnin setiap minggu...
Demi menunjukkan minat aku pada Dazrin...
Aku dah follow Twitter dia...
Rajin dia balas twit dan retweet peminat dia...
Bagus la macam tu tak sombong...
Aku pun dah follow Instagram dia...
Rajin dia publish gambar...
Kebanyakan yang terkini gambar2 di set Jodoh...
Comel-comel gambar dia... Hahaha...!!!
Semoga kerjaya Dazrin bertambah cemerlang...
Di samping mengekalkan sikap peramah dengan peminat seperti sekarang...
Rajin-rajin post gambar kat Instagram lagi...
Boleh la saya tumpang tengok ye tak... Huhu...!!!
Nota Kaki : Sebahagian gambar saya ambil dari instagram Dazrin sendiri... Memandangkan beliau tidak mengunci akaun beliau, saya anggap beliau tidak kisah... Thanks Daz ^_^
Julung2 kali aku nak bercerita pasal orang lain...
Selalunya aku cakap pasal diri aku jer...
Kalau ada orang lain pun...
Masih ada aku sebagai watak sampingan...
Lee Seung Gi
Kak Ngah aku peminat tegar Lee Seung Gi...
Dia start minat sebab tengok rancangan Two Days One Night...
Rancangan tuh disiarkan kat chanel KBS World...
Aku pun ada gak tengok tapi tak banyak laa...
Aku minat Jiwon dan Jong Min dalam 2D1N ^_^
Kakak aku memang fanatik...
Dia pun dah kenal ramai kawan yang sama2 minat Seung Gi...
Antaranya yang sama2 melepak kat forum Cari...
Dan maybe tempat lain (aku tak tau sbb lupa pulak nak tanya)... Hehe...!!!
Tapi yang pasti sorang yang paling rapat dengan dia ialah forumer Cari...
Kakak aku kata, sejak Seung Gi keluar dari 2D1N...
Barulah dia dapat wat konsert jelajah ke seluruh dunia...
Sebelum nie segala-galanya tersekat sebab rakaman 2D1N tu laa...
Kak Ngah memang gigih...
Bulan Ogos lepas dia pegi konsert Seung Gi kat Singapore...
Sesat barat apa suma segala lengkap...
Semata-mata kerana Seung Gi...
Nie konsert kat Singapore yang Kak Ngah pegi hari tuh...
Tiket konsert kakak aku cam nie laa...
Dia ada tunjuk pada aku hari tuh...
Dan sekarang Kak Ngah berada di KL...
Juga untuk tujuan yang sama...
Gi konsert Seung gi...
Dia duk di rumah kawan forumer dia tu laa...
Sedang berlangsung...
Enjoy Ngah...!!!
Jap tadi dia baru call aku...
Katanya dapat peluang tandatangan autograf dengan Seung Gi...
Dan dapat bersalaman juga...
Tak suma yang dapat sebab tu cabutan bertuah...
Mesti Kak Ngah tgh tgk konsert skg nie...
Tadi aku cakap dengan dia...
Aku doakan dia dapat naik atas pentas pulak... Hahaha...!!!
Tu la benda yang paling dia takut...
Apa pun, aku harap sangat Kak Ngah enjoy...
Wat apa yang kita rasa nak buat dan kita happy...
Itulah kehidupan...
Yey...!!! Aku tumpang happy untuk kakak aku tuh ^_^
Hampir seminggu juga...
Raja Lawak 6 minggu muzikal komedi berlalu...
Kalau tahun2 sebelum nie...
Tema muzikal komedi takde penyingkiran kecuali musim pertama...
Tapi kali nie memang berbeza...
Muzikal komedi dengan penyingkiran...
Mungkin sebab minggu pertama dan kedua takde penyingkiran kot...
Jiggy (kiri) dan Lokman...
Dan Gman adalah mangsanya...
Tersingkir ketika membuat persembahan yang hebat...
Dipanggil 'keluar bermaruah' namanya...
Gman adalah gabungan dua nama iaitu Jiggy dan Lokman...
Ramai yang kata Jiggy yang tinggi tu hensem...
Aku pun tak nafikan...
Tapi Lokman pun cute juga dengan mulut itik dia tuh...
Tapi rupa tu bukan ukuran...
Dua orang budak nie memang berbakat...
Kreatif dan paling penting tak malu wat aksi atas pentas...
Dalam bahasa yang lebih international... All Out...
BIODATA JIGGY
NAMA : Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri
NAMA PANGGILAN : Jiggy UMUR : 22 tahun ASAL : Klang, Selangor
BIODATA LOKMAN NAMA : Lokmanul Hakim Bin Mat Shum NAMA PANGGILAN : Lokman UMUR : 23 tahun ASAL : Triang, Pahang
Teringat dulu...
Masa AF, mentor dan beberapa rancangan realiti lain berlangsung...
Kawan aku kat opis akan kata...
"Alamak, ape pasal dia yang kuar... Dia kan bagus"
Maka jawapan aku paling jujur dan agak kurang ajar adalah...
"Akak tak undi sebab tu la dia terkeluar"...
Jujur kan aku...
Agaknya akak2 tu insaf kot dengan ayat aku...
Maka dengan itu terdengar la ayat2 yang lebih kurang...
"Vis, akak undi Tomok sebab tu dia menang..."
"Vis, akak undi bla bla bla sebab tu dia tak keluar..."
Sebab tu aku rasa tak layak untuk bersedih atas penyingkiran Gman...
Sebab aku tak mengundi...
Untuk RL 6 aku memang belum mengundi...
Malah aku tak berhasrat untuk mengundi setakat nie...
Kali terakhir aku mengundi ialah masa Maharaja Lawak...
Aku undi Sepah dan JoZan...
Tapi seriusly aku memang ralat tersingkirnya Gman...
Malam tu kami sekeluarga terkuncam dan macam hilang mood...
Alah, bukan kami aje...
Yus, Johan, Zizan, para juri pun menunjukkan keadaan yang hampir sama...
Rumusan yang dapat dibuat ialah undian atas pagar tak sempat masuk...
Bertahun aku tonton AF buat aku jadi mahir selok belok pengundian...
Mahir la sangat khennn... Muntah ijooo...
Rasanya hambar sikit RL6 nanti tanpa Gman...
Tapi itulah...
Rezeki, ajal dan maut di tangan tuhan...
Dah tertulis begitu...
Finally, Semoga Berjaya buat Jiggy dan Lokman...
Aja...!!! Aja...!!! Fighting Gman...!!!
Itulah satu ayat yang boleh menggambarkan tentang aku dan drama nie...
Aku langsung tak ambik port pasal drama nie...
Walaupun ada nampak2 jugak kat tibi lepas dah abis Cinta Elysa dulu tuh...
Secara rasminya aku tengok cite nie sejak episod ke 7...
Sebelum tu ada gak tertengok episod 4 tapi gitu-gitu jer...
Aku ada terbaca blog kawan aku...
Dia bercerita tentang cerita nie...
Tetiba aku terpanggil nak try tengok gak...
Adakah kerana kawan aku tu ada PhD...???
Lebih2 lagi dia nampak skema...
Cam tak caya dia layan cite cam nie...
Cinta budak2 kata dia...
Masa tengok tuh aku kenal la Izara Aishah...
Dia jadi Ju dalam drama Jejaka J kat Astro Prima...
Dak Ju nie jadi rebutan Johan RL dan Tauke...
Dalam cite nie suma watak bermula dari huruf J...
Tu je la data yang aku tau tentang Izara Aishah...
Selain ternampak dia jadi watak antagonis dalam drama Soffiya...
Tang hero dak Aiman nie serius aku tak kenal...
Masa duk berkira2 sape watak Amir nie...
Kak Long aku memecah kebuntuan...
Katanya tu Aiman mentor 5 protege kepada Rahim Maarof...
Harus la aku tak kenal sebab aku tak layan Mentor...
Adakah Aiman tersingkir terlalu awal...???
Sebab aku kenal Shiha, Salma, Ratna dan beberapa lagi...
Aku ni bukan boleh tengok orang laki yang kurus dan tinggi...
Harus aku tetiba melting tak tentu pasal... Haha...!!!
Kalau tak takde la bertahun2 aku tergila2kan Lee Dong Wook...
Lebih mengharukan dak Aiman nie pandai sungguh berlakon...
Langsung tak kayu...
Aku pun tak tau nie lakonan dia yang ke berapa...
Malas aku nak search kat mana2...
Tapi yang pasti dia masih baru...
Paling best ialah kenangan manis dak Aiman nie...
Main bola sepak dengan kelab German Bayern Munich katanya...
Tahukah anda Bayern Munich adalah kelab bola yang paling saya minat...
Aiman berpeluang main dengan sapa masa tuh...???
Adakah Bastian Schweinsteiger atau Philip Lahm atau Thomas Muller...
Rasanya dengan Thomas Muller kot sebab diorang sebaya...
Aduhai... Pengsan sekejap dowh...!!!
Cite nie ala2 Princess Hours dan Full House gak laa...
Sekali fikir memang tak masuk akal langsung...
Ada ke umur 19 tahun nak kena kawin bagai...
Cantik gambar nie...
Setakat tengok episod 4, 7 dan 8 harus la tak faham serba serbi kan...
Teknologi sekarang dah semakin pesat...
Apa susah encik utube kan ada...
Maka, dalam tiga hari nie aku gigih menonton episod2 yang lain...
Perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perasaan aku ialah Jatuh Cinta...
Drama yang kemas...
Lakonan yang bagus...
Pastinya diarah oleh seorang yang hebat...
Situasi yang kena...
Jalan cerita yang mudah difahami...
Puji2an belaka kan...
Dan kredit paling besar ialah watak Amir tu sangat hensem... Haha...!!!
Potongan rambut Amir Asyraf yang macam budak sekolah... Huhu...!!!
Bila untie2 macam aku dah menggedik...
Buruk rupanya kan... Haha...!!!
Kalau dalam drama tuh...
Watak aku yang paling sesuai ialah Untie Anne... Huhu...!!!
Tapi aku tak tua sangat cam dia laa...
Gambar kat Twitter Aiman...
Aku pun cam tak caya nie dia tadik...
Lain benar kannn...
Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak tengok drama nie...
Jangan lupa tonton setiap Selasa pukul 9.00 malam kat TV3...
Sapa2 yang ketinggalan kereta api cam aku nie...
Jangan risau utube kan ada... Hehe...!!!
Selamat menonton...
Nota Kaki : Aku rasa ayat aku dalam entri kali nie tak gramatis langsung. Adakah aku tersentap sekaligus terganggu emosi sebab kumpulan Gman tersingkir dari Raja Lawak 6 sebentar tadik... Uwaaaa...!!!
Dari dulu lagi aku memang dah tau suara Hafiz AF tu sedap...
Bukan setakat sedap tapi hebat dan memukau...
Tapi aku baru minat dia baru2 nie...
Baru sangat rasanya...
Aku ni bukan senang nak suka orang...
Kalau aku dah suka tuh kira bertuahlah tu...
Haha...!!!
Ada beberapa sebab kenapa Hafiz berjaya menarik perhatian aku
1. Filem Ombak Rindu
Aku tengok filem Ombak Rindu tanpa niat...
Memang takde hasrat pun nak tengok cite tu pada asalnya...
Tengok sebab takde cite best tapi nak tengok wayang sangat...
Sekali rupa2nya cite tu best...
Balik tengok Ombak Rindu kat wayang tuh...
Aku gi tengok lagu yang Hafiz dan Adira nyanyi...
Walaupun hari2 main kat Astro tapi aku memang tak amik pusing...
Pastuh aku masukkan lagu tu dalam playlist utube aku...
Dan aku dengar hari-hari sampai sekarang...
2. Telefilem Langkah Bendul kat Astro Warna
Pertama kali telefilem nie disiarkan waktu aku tengah final exam...
Memang tak tengok la sebab tengah menelaah kononnya...
Tapi baru2 nie...
Cite nie dipasang semula...
Malah dipasang dengan giat hampir setiap hari...
Setiap kali pasang cite nie aku tengok gak...
Entah dah berapa kali aku dah tengok agaknya...
Sesungguhnya telefilem nie la peratus terbesar aku jatuh suka pada Hafiz...
Serius pengakuan nie seikhlas hati...
Cite nie sangat best...
Selain Hafiz, ada Fizz Fairuz dan Amy Mastura...
Fizz Fairuz dan Amy Mastura
Jalan cite best dan suma watak menjadi...
Tahniah kepada pengarahnya...
Kak Long aku siap kata cite nie lebih baik daripada filem Bujang Telajak...
Aku pun macam setuju jer... Hurmmm...
Wafi Yang Comey Dan Kaya Raya
Ternyata Hafiz seorang pelakon yang baik...
Walaupun dia seorang penyanyi sebenarnya...
Dia sangat comey...
Terutama part Nash nak nikah dengan Kak Tijah tuh... Hehe...!!!
Wafi dan Balqis
3. Izwan Pilus Meninggal Dunia
Aku ada tengok liputan tentang kematian arwah Izwan Pilus di Melodi TV3...
Masih teringat betapa sedihnya ucapan Aril masa tu...
Masa jenazah di hospital tuh...
Hafiz salah seorang yang berada hampir mengiringi jenazah Izwan...
Aku tau Hafiz rapat dengan Aril...
Tu tandanya dia sangat prihatin dengan Aril...
Memberi sokongan di saat kawan sangat memerlukan...
Walaupun dia masih muda tapi nampak sangat matang...
4. Anugerah Juara Lagu 26
Masa mula2 tengok AJL tuh...
Aku memang tak sokong sape2...
Tapi lepas tengok Hafiz perform...
Aku terus kata vokal terbaik pasti dapat kat dia...
Dia cuma pakai t-shirt yang nampak begitu murah...
Dengan seluar sukan Adidas dilipat panjang sebelah...
Sebijik dalam video klip...
Sape pernah tengok video klip tuh tau la betapa sedihnya kan...
Terus aku sokong Hafiz dan Awan Nano jadi juara lagu...
Akhirnya, rezeki memihak kepada dia...
Memang dia layak selayak layaknya pun...
Aku menjerit masa diumumkan Awan Nano menang...
Walaupun lagu Awan Nano lately dah jadi cam lagu lawak...
Sebab dah digodam dengan Jozan... Haha...!!!
Tapi Hafiz berjaya bawa mood sedih kembali kepada kita...
Dan kemunculan Herman Tino di akhir lagu memang memberi kesan...
Cayalah...!!!
5. Hafiz Jumpa Johan Kat Raja Lawak 6
Raja Lawak 6 minggu lepas menemukan Hafiz dan Johan secara live...
Aku pun dah cite kat entri nie...
Memang cute la budak dua orang tuh...
Memang serupa... Huhu...!!!
Gigih Printscreen Utube Nie
Bila berdiri sebelah baru dapat bezakan rambut diorang...
Nampak la ada perbezaan sikit...
Johan minat Hafiz dah lama rasanya...
Tapi nie baru aku nampak diorang berdiri sebelah2 berdua...
Sian Zizan Takde Geng... Hehe...!!!
Memang macam adik beradik...
Bestnya kalau ada filem menggandingkan Johan dan Hafiz...
Jadi adik beradik gitu...
Bapaknya dah tentu Herman Tino...
Maka dengan tak semena2 pagi tadi aku gi tengok Elly & Epit...
Semata-mata nak tengok diorang...
Selama nie langsung tak pernah tengok cite tu...
Hape jalan cite pun aku tak faham... Haha...!!!
Tapi untuk kesemua sebab yang dah aku ceritakan nie...
Sebab paling besar ialah telefilem Langkah Bendul itu...
Sayangnya takde pulak utube cite tu laa...
Yang ada cuma utube promo jer...
Promo Telefilem Langkah Bendul
Ucapan Penggulungan
Wah...!!! Dah macam bahas pulak aku nie...
Akhir kata, aku doakan Hafiz berjaya dalam segala segi...
Gembira dengan kerjaya dan keluarga...
Jaga diri dan tingkah laku...
Kekalkan segala yang baik dan positif dalam diri...
Harap dapat berlakon dengan Johan lagi...
Lagi best kalau dapat rakam lagu berduet dengan Johan...
Barulah meletup...
Suka Gambar Nie... Cantik Sangat...
Nota Kaki : Segala gambar terima kasih kepada encik google amnya dan pemilik gambar tersebut khasnya...
Raja Lawak 6 minggu ke-4 semalam telah menemukan Johan dan Hafiz AF...
Seriusly sangat cute diorang berdua tuh...
Aku memang dah minat giler kat Johan sejak lama...
Dan aku sangat minat dengan Hafiz walaupun agak baru juga...
Nantilah aku buat entri macam mana aku boleh jatuh minat pada Hafiz yer...
Cari utube lagu Awan Nano...
Terjumpa pulak versi tribute untuk Hafiz dan Johan nie...
Video ni dibuat oleh sayang76 dari Jozannurse...
Walaupun aku Jozannurse jugak tapi aku tak kenal sayang76 nie...
Mungkin nick dia untuk Cari Forum dan utube adalah berbeza...
Ataupun...
Dia bukan Jozannurse versi Cari Forum sebab ejaannya Jozannerz...
Tak kisah lah tu kan bunyinya sama saje...
Thanks buat sayang76 sebab buat video dedikasi nie
Nota Kaki : Aku letak watermark kat gambar di atas sebagai upah aku printscreen la ekh... Nak kata aku pegi studio tuh snap sendirik gambar dak berdua nie memang takde... Takpe kot wat cam tu...
Hari Ahad lepas secara kebetulan tertengok cite nie kat KBS...
Ohoho...!!! Lee Dong Wook dowh...!!!
Seriusly hensem giler...
Nie penampilan Lee Dong Wook yang paling aku suka selepas filem The Perfect Couple....
Aku nie peminat tegar Lee Dong Wook...
Malah bagi aku ramai2 lelaki dalam dunia nie...
Tak kiralah pelakon, penyanyi, pemain bola waima ahli politik...
Tak kiralah melayu, cina, india, mat salleh, korean mahupun negro sekalipun...
Lee Dong Wook sentiasa berada di carta teratas mata aku... Haha...!!!
Kali nie Lee Dong Wook digandingkan dengan Lee Si Yeong...
Aku pernah tengok Lee Si Yeong nie berlakon sekali jer...
Drama Love You Thousand Times...
Dia bawa watak perempuan simpanan...
Watak yang sangat stress dan menyedihkan...
Berbeza kali nie Lee Si Yeong jadi bodyguard yang lok lak sangat...
Dengan rambut pendek tuh dia sangat comel...
Kelam kabut sentiasa...
Padanlah dengan Lee Dong Wook yang belagak tuh...
Lee Si Yeong sebagai Yoo Eun Jae
Oh ya, lupa nak cakap pulak...
Lee Dong Wook pegang watak pemain baseball kali nie...
Lee Dong Wook sebagai Park Moo Yeol
Nie sinopsis cite nie...
Takde yang melayu so yang mat salleh pun jadilah...
Everything starts on the birthday of Eunjae's dad. Eunjae ran into Park Muyeol, who is the 2nd baseman of 'Green Dreamers', when she is drunk. Eungjae who is a fan of 'Blue Seagulls', starts a fight with Muyeol who led the 'Green Dreamers' to victory. The next day, internet is on fire with the video called 'Humiliated Park Muyeol'. Because of this video, career of both Muyeol and Eunjae, who recently got a job as a bodyguard, are in danger. In the end, they decide to put on a show against the public! They lie that Eunjae is Muyeol's private bodyguard and the video was recorded when Eunjae was giving a self-defence demonstration to Muyeol. Like this, Eunjae becomes real bodyguard of Muyeol. It seemed like everything worked out just fine, but the problem is that they can't stand each other's existence...
Jom layan gambar2 yang aku kira cukup cute nie... Hehe....!!!
Youtube cite nie...
Trailer
Episod 1 yang ada sarikata Bahasa Inggeris
Segala gambar dan sinopsis saya ambil dari hancinema.net