Showing posts with label Ilmiah La Sikit. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah La Sikit. Show all posts

Sunday, 16 June 2013

Konvokesyen OUM

Fuh...!!! Akhirnya...
Konvokesyen yang ditunggu-tunggu tiba juga...
Banyak sangat nak cerita sampai tak tau nak mula kat mana...
Lagipun memang dah lama tak update blog nie pun...

So, mudahnya...
Konvokesyen berlangsung di PWTC Kuala Lumpur selama 4 hari...
8 - 11 Jun 2013 iaitu Sabtu hingga Selasa...
Aku sidang 7 iaitu hari terakhir...

Banyak sangat gambar tapi cukuplah ni sebagai kenangan

Friday, 8 March 2013

Kata-kata Dina ~ Drama Jodoh

Dina ialah salah seorang peserta dalam drama Jodoh...
Kata-kata Dina pada Olly hari tuh memang sangat bermakna...
Memberi makna pada Olly...
Dan sedar tak sedar memberi makna pada aku juga...

Watak Dina lakonan Siti Hajar Oshin

Kalau kau pilih sedih...
Kau kena ada kat sini...
Kalau kau pilih happy pun...
Kau masih jugak ada kat sini...

Jadi sebenarnya kau memang takde pilihan...
Happy sedih kau masih ada kat sini...

Jadi wat ape kau nak sedih2...

Pasal aku dah takde kerja ( Olly )

Takpe
Kalau kau happy tapi takde kerja...
Sekurang-kurangnya kau happy walaupun takde kerja...

Bla bla bla ( Olly )

Takpe, kau cari kerja sampai kau dapat...

Kata-kata nie wat aku berfikir panjang sejak Isnin lepas...
Seriusly aku tension dengan situasi di tempat kerja...
Keja yang terlalu banyak, dengan segala kursus lagi...
Mana nak kena kerja hari Ahad pulak lagi...

Tapi dalam banyak-banyak tuh...
Yang paling aku marah ialah diskriminasi status...
Aku sangat benci perkara itu...
Sangat sangat benci...

Tapi kata-kata Dina adalah pembakar semangat aku sekarang nie...
Kalau aku sedih / marah, aku kena buat jugak...
Kalau aku happy, aku kena buat jugak benda tuh...
Jadi kalau aku happy, sekurang2nya aku happy wpn kena buat kerja tuh...

Sayangnya Dina dah tersingkir dalam minggu nie jugak...
Tapi aku faham kenapa watak Dina perlu dimatikan...
Tu semua ada jalan cerita untuk watak Olly dan En Azlan pulak...
Tapi rindu la kat Dina... Uwaaaaaa...!!!

Nota Kaki : Terima kasih penulis skrip Drama Jodoh kerana mampu menghasilkan kata-kata sehebat ini...

Thursday, 28 February 2013

C.c. Dan B.c.c.

Berborak2 sakan di Cari Forum ...
Kat benang Fear Factor Selebriti yang tengah hot skg nie...
Ada juga ilmu yang aku dapat...
Selain menggebang dan bergossip pasal peserta Fear Factor...

Pemilik nick diana007 merupakan sorang forumer yang aku kagumi...
Aku kenal beliau sejak tahun 2009 lagi...
Cara dia membawa diri memang aku puji...
Malah hujah2nya di forum memang disenangi...

Aku perasan beliau suka menggunakan C.c.
Nak terangkan pun payah cam ne penggunaan C.c. tuh...
Tapi aku nak tepek nota yang D bagi supaya aku tak lupa...
Senang nanti bila2 kalau aku nak rujuk...

1) C.c tu dalam istilah lama kita menulis menggunakan 'typewritter' ianya bermaksud Carbon Copy.  Contohnya I nak share info yg ditujukan quote di atas itu buat Sarah dan di masa yg sama, I nak berkongsi juga maklumat itu dengan Cose dan Cloud.

2) B.C.c *hanya ada dalam E-Mail sahaja : istilahnya bermaksud Blind Carbon Copy - contoh I b.c.c kat your email address, orang lain yg dalam list email I hantat tu, To & CC tak akan nampak siapa b.c.c yg I attached a copy tu. #faham tak, ke berbelit I explained.


3) Dalam Istilah dunia technology di Forum, Facebook, Twitter - sekarang c.c. itu lebih kepada bermaksud Courtesy Copy.


Sejarah c.c


Berbalik kepada penggunaan "typewritter" tu..kalau kita nak hantar message yg sama juga kepada penama A dan penama B..zaman dunia tanpa photocopy machine, kita mengunakan Carbon hitam tu, *I pernah guna, zaman type invoice masa practical trainee. itulah yg wujudnya 'carbon copy'.

Kemudian dgn kehadiran fax machine, the same thing too..kita boleh photocopy thru Fax Machine, kita kena stamp carbon copy


Hadir pula computer, kita boleh e-mail. Dgn adanya e-mail, circular Memo utk meeting dsb nya, apa sahaja yg menggunakan 'Ink' dari machine2 yg berkaitan contoh Fax Machine, Photocopy Machine - maka ianya adalah c.c. bagi sebarang tujuan yg ditujukan maklumat pendua, ketiga dsbnya.


Sekarang pendekatannya lebih kepada Courtesy Copy dalam dunia E-Mail, Twitter, Facebook, Forum dsbnya tanpa perlu ada signature, everything auto generated kan.


Terima kasih D atas segala infomasi...
Sebab tu aku suka lepak di forum...
Banyak ilmu aku boleh dapat...
Selain secara tak langsung dapat mengkaji tabii manusia di situ...

Nota Kaki : Bukan main dulu aku sekolah menengah aliran Pengurusan Pejabat tapi benda ni pun aku tak tau... Haha...!!! 

Monday, 25 February 2013

Instagram Saya...

Sejak ada akaun Instagram nie...
Ada la beberapa gambar aku dah muat naik...
Walaupun aku memang tak suka ambik gambar...
Tapi aku cuba sekeras mungkin untuk meriahkan Instagram aku tu...

Memula rajin gak ambik gambar...
Nak makan snap gambar dulu...
Tapi kadang2 terlupa lak...
Alamak! Dah abis makan baru ingat nak tangkap gambar... Haha...!!!

Nak ambik gambar pemandangan...
Aku bukan pegi mana pun...
Alah, asasnya aku memang tak biasa ambik gambar...
Tutup kes...

Sudahnya aku banyak muat naik gambar game aku jer...
Bila Pou aku naik level aku snap gambar...
Pou aku sihat dan cukup makan pun aku buh jugak..
Kalau Temple Run 2 aku dapat jarak jauh pun aku tayang jugak...

Tu je la pun isirung Instagram aku setakat nie...
Korang jom la follow aku kalau sudi...
Nie link Instagram aku... Huhu...!!!
http://instagram.com/zai_vis/

Gambar pertama ~ Menara Taming Sari, Melaka

Guna aplikasi instaplace

Fuhhhh...!!! My fav ^_^

Guna aplikasi instaweatherpro

Catatan terbaik aku main Temple Run 2

Pou aku dah level 44

Gabungan gambar Pou guna aplikasi photo grid

Nota Kaki : Aku cuba sedaya upaya untuk guna Bahasa Malaysia dengan betul sejak anak sedara aku kata budak2 sekarang kena lahar kalau guna bahasa SMS yang ntah apa-apa tuh... Ayarkkk...!!!

Thursday, 22 November 2012

Jadual Exam...

Semester akhir...
Ya Allah, penantian hampir 4 tahun...
Akan bertemu noktahnya...
Hujung tahun nie...

Tak sabar nak habis...
Tapi takut sebab tajuk susah giler...
Segala assignment dah hantar minggu lepas...
Takde la nak berhempas pulas lagik lepas nie...

Takut terlupa...
Tulis je la kat sini...

Subjek : 4303
Tarikh  : 8 Disember 2012
Hari     : Sabtu
Masa   : 3.00 - 5.30 petang

Subjek : 4403
Tarikh  : 9 Disember 2012
Hari     : Ahad
Masa   : 3.00 - 5.30 petang

Subjek : 2103
Tarikh  : 30 Disember 2012
Hari     : Ahad
Masa   : 3.00 - 5.30 petang

Adoi laa stress...
Dua hari berturut-turut subjek yang sangat menakutkan tuh...
Tapi kakak aku kata okey jer...
Bukan tak pernah pun sebelum nie...

Apa pun, selamat berjaya Vis n kak ngah...
Aja...!!! Aja...!!! Fighting...!!!

Monday, 7 November 2011

Definisi Arkib...

Melalui carian yang aku buat kat pakcik google...

Arkib
  1. Kumpulan naskhah (piagam) yang disimpan.
  2. Tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara.
  3. (komputer dan telekomunikasi) tempat menyimpan atur cara dan data komputer bagi jangka masa yang lama.
Sesuai ke gambar nie...Hurmmm...

Monday, 15 August 2011

Eustress Dan Distress

Boleh dikatakan dah banyak jugak entri aku buat...
Tapi rata2 sekadar menceritakan perasaan aku sendiri...
Kiranya takde la entri yang bersifat ilmiah khennn...
Maka, julung2 kali aku nak wat entri berilmu...
Nie sebahagian nota aku...
Aku tinggalkan kat sini sebagai salah sebahagian memori juga...



STRESS
Stress  boleh  ditakrifkan  sebagai  respons  badan  dalam  menghadapi  stressor samada  secara  fisiologi, mental  atau  fizikal.  Stressor  iaitu  punca  stres  boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stres fizikal, sosial ataupun  psikologi  yang  menyebabkan  tubuh  kita  perlu  untuk  melakukan  penyesuaian untuk menghadapinya. 

Eustress 
Eustress  adalah  stres  yang  menghasilkan  kesan  positif  dan  kegembiraan seperti  perkahwinan,  naik  pangkat,  mendapat  ahli  keluarga  baru  dan berpindah rumah.

Distress
Manakala  distress  pula  adalah  stres  yang  mengakibatkan  kesan  negatif kepada mangsa  seperti  kematian,  kemalangan  jalan  raya,  berpenyakit dan beberapa musibah lain.  

Aku pasti kita semua pernah stress...
Cuma kekerapannya berbeza setiap orang...
So, anda dalam kumpulan yang mana...