Thursday 1 November 2012

Gadjet Baru...

Aku memang dah berkira-kira nak beli gadjet...
Sebab henpon aku dah rosak kebelakangan nie...
Dan aku beli hari ini...
Tapi dengan sebab utama yang berbeza...

Bila kita sakit, kita kena cari ubat...
Bila hati terluka, kita kena cari benda happy untuk cover...

Hari ini maruah aku benar2 tercalar...
Dalam mesyuarat pulak tuh...
Walaupun masa mesyuarat tuh sendiri aku tak dengar...

Aku pun tak faham kenapa aku boleh tak dengar...
Rasanya tak berbual dengan sesiapa atau berangan...
Aku bersyukur Allah menutup sekejap telinga aku...
Daripada mendengar benda bongok tu...

Bila difikir2 balik...
Dia sebenarnya membodohkan diri sendiri...
Senang cerita membuka pekung di dada...
Bahawa dia seorang yang tak profesional dalam urusan kerja...

Aku kasihan dengan dia...
Benar2 kasihan...
Nampak macam dah matang...
Tapi tersangat budak2 rupanya...

Sudahnya kena satu das dengan boss...
Aku sifatkan dia tu tepuk air kat dulang...
Terpercik ke muka sendirik...
Eh, betul ke perumpamaan yang aku guna nie...
Hehe...!!! Lantak ler... Yang penting aku faham...

No comments: