Monday 15 August 2011

Eustress Dan Distress

Boleh dikatakan dah banyak jugak entri aku buat...
Tapi rata2 sekadar menceritakan perasaan aku sendiri...
Kiranya takde la entri yang bersifat ilmiah khennn...
Maka, julung2 kali aku nak wat entri berilmu...
Nie sebahagian nota aku...
Aku tinggalkan kat sini sebagai salah sebahagian memori juga...



STRESS
Stress  boleh  ditakrifkan  sebagai  respons  badan  dalam  menghadapi  stressor samada  secara  fisiologi, mental  atau  fizikal.  Stressor  iaitu  punca  stres  boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stres fizikal, sosial ataupun  psikologi  yang  menyebabkan  tubuh  kita  perlu  untuk  melakukan  penyesuaian untuk menghadapinya. 

Eustress 
Eustress  adalah  stres  yang  menghasilkan  kesan  positif  dan  kegembiraan seperti  perkahwinan,  naik  pangkat,  mendapat  ahli  keluarga  baru  dan berpindah rumah.

Distress
Manakala  distress  pula  adalah  stres  yang  mengakibatkan  kesan  negatif kepada mangsa  seperti  kematian,  kemalangan  jalan  raya,  berpenyakit dan beberapa musibah lain.  

Aku pasti kita semua pernah stress...
Cuma kekerapannya berbeza setiap orang...
So, anda dalam kumpulan yang mana...