Wednesday 15 February 2012

Raja Lawak 6 Tanpa Gman...

Hampir seminggu juga...
Raja Lawak 6 minggu muzikal komedi berlalu...
Kalau tahun2 sebelum nie...
Tema muzikal komedi takde penyingkiran kecuali musim pertama...

Tapi kali nie memang berbeza...
Muzikal komedi dengan penyingkiran...
Mungkin sebab minggu pertama dan kedua takde penyingkiran kot...

Jiggy (kiri) dan Lokman...

Dan Gman adalah mangsanya...
Tersingkir ketika membuat persembahan yang hebat...
Dipanggil 'keluar bermaruah' namanya...


Gman adalah gabungan dua nama iaitu Jiggy dan Lokman...
Ramai yang kata Jiggy yang tinggi tu hensem...
Aku pun tak nafikan...
Tapi Lokman pun cute juga dengan mulut itik dia tuh...
Tapi rupa tu bukan ukuran...
Dua orang budak nie memang berbakat...
Kreatif dan paling penting tak malu wat aksi atas pentas...
Dalam bahasa yang lebih international... All Out...


 BIODATA JIGGY
NAMA : Mohammad Aizat Bin Ahmad Nazri
NAMA PANGGILAN : Jiggy
UMUR : 22 tahun
ASAL : Klang, Selangor


BIODATA LOKMAN
NAMA : Lokmanul Hakim Bin Mat Shum
NAMA PANGGILAN : Lokman
UMUR : 23 tahun
ASAL : Triang, Pahang

Teringat dulu...
Masa AF, mentor dan beberapa rancangan realiti lain berlangsung...
Kawan aku kat opis akan kata...
"Alamak, ape pasal dia yang kuar... Dia kan bagus"
Maka jawapan aku paling jujur dan agak kurang ajar adalah...
"Akak tak undi sebab tu la dia terkeluar"...
Jujur kan aku...

Agaknya akak2 tu insaf kot dengan ayat aku...
Maka dengan itu terdengar la ayat2 yang lebih kurang...
"Vis, akak undi Tomok sebab tu dia menang..."
"Vis, akak undi bla bla bla sebab tu dia tak keluar..."

Sebab tu aku rasa tak layak untuk bersedih atas penyingkiran Gman...
Sebab aku tak mengundi...
Untuk RL 6 aku memang belum mengundi...
Malah aku tak berhasrat untuk mengundi setakat nie...
Kali terakhir aku mengundi ialah masa Maharaja Lawak...
Aku undi Sepah dan JoZan...


Tapi seriusly aku memang ralat tersingkirnya Gman...
Malam tu kami sekeluarga terkuncam dan macam hilang mood...
Alah, bukan kami aje...
Yus, Johan, Zizan, para juri pun menunjukkan keadaan yang hampir sama...
Rumusan yang dapat dibuat ialah undian atas pagar tak sempat masuk...
Bertahun aku tonton AF buat aku jadi mahir selok belok pengundian...
Mahir la sangat khennn... Muntah ijooo...

Rasanya hambar sikit RL6 nanti tanpa Gman...
Tapi itulah...
Rezeki, ajal dan maut di tangan tuhan...
Dah tertulis begitu...

Finally, Semoga Berjaya buat Jiggy dan Lokman...
Aja...!!! Aja...!!! Fighting Gman...!!!

Gambar kredit kepada fesbuk GMAN Raja Lawak 6

No comments: