Thursday 8 September 2011

Kemalangan Depan Mata...

Malam tadi, atas pelawaan kawan aku ke rumahnya nak beraya...
Aku memang jarang keluar umah malam...
Menda yang aku tak minat nak buat...
Aku cuma suka duduk umah tengok tv, layan internet, gosok baju keja sok...bla bla bla...
Takde life ke aku nie... Ha ha ha...!!!

Perjalanan ke umah diorang nie bukan jauh mana...
Tak sampai 10km pun rasanya...
Aku cuma perlu keluar dari kampung, jemput kawan kat pekan n gi umah diorang kat taman...

Dalam perjalanan tuh entah macam mana tetiba ada kemalangan berlaku betul2 depan mata aku...
Sebuah motor ditunggang oleh dua orang lelaki muda memang laju giler nak potong keta kat sebelah aku...
Mungkin dia tak menyangka kat depan ada satu keta dah berhenti dan beri isyarat nak belok kanan...
Sekelip mata motor tu langgar keta tadik...
Maka di depan mata aku, nampaklah motor terbang dan dua lelaki tuh pun terbang jatuh tepat2 kat depan sebuah keta waja yang betul2 kat depan keta aku...
Terlalu pantas kejadian tuh...
Aku terkuncam dan selepas tu aku tak berani tgk apa2 lagik...
Kawan aku kata mujur Waja tak laju dan terus langgar mereka...

Banyak perkara terlintas...
  • Besar kuasa Allah...Memang bukan nasib aku yang tertulis untuk berada di kedudukan kereta Waja itu.  Kata kawan aku "Mujur kite lambat sesaat dua tadi kak".  Memang sangat mujur... Kalau tidak harus berangkut ke balai polis nak buat laporan dan repair keta bagai.  Waja tu brek mengejut tak mustahil ada penumpang yang cedera sebab terhentak...
  • Ini dah kali kedua aku tgk kemalangan motor betul2 di depan mata di kawasan yang sama... Cuma bezanya sebelum nie kemalangan tuh di lorong sebelah dan kedudukannya agak jauh.
  • Dalam keta aku ada mak, kakak, Mimi n sorang kawan... MasyaAllah...
  • Aku teringat beberapa tahun lepas kitorang terlibat dalam kemalangan di Kota Tinggi masa nak gi beraya kat umah pakcik... Sudahnya kami fobia dan selepas tuh dah berapa kali raya kami tak pernah ke sana pun... Aku dengar hari tuh makcik aku cakap sepupu aku nak kawin hujung tahun nie... Alamak seramnya nak kena pegi ker....
  • Aku terfikir memang benar malang itu tak berbau... Malangnya pemilik kedua2 kereta berkenaan sebab diorang memandu dengan berhemah tapi mereka diuji sebegitu rupa...
  • Aku juga terbayangkan mak kedua2 lelaki yang naik motor tadik... Kalau dah kahwin, terbayangkan anak isterinya... Macamana ketika mereka terima panggilan telefon dan bla bla bla...
Sejak malam tadi hingga hari nie aku masih terbayang2 kejadian tu...
Ya Allah Kau hilangkanlah segala perkara yang tak baik dari ingatan ini...
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungilah perjalananku, keluargaku dan teman2ku walau di mana kami berada...
Amin Ya Rabbal Alamin...

Nota Kaki : Entri tanpa gambar... Aku hilang kata-kata -_-

No comments: