Wednesday 7 September 2011

Melepasi Fasa Ketakutan...

Raya datang  dan pergi...
Setiap tahun bagi aku sama jer...
Takde penambahan ahli keluarga...
Takde ahli keluarga yang duduk di luar yang dinanti pulang...
Takde rumah mana2 perlu diangkut kain baju utk tidur bermalam...
Bagi aku raya bukan apa2 sekadar meraikan kejayaan berpuasa sebulan lamanya...

Tahun nie raya antara yang tak best...
Aku memang banyak rungut...
Bile aku nak berubah...



Dah lama gak aku tak wat entri baru...
Bukan apa aku takut...
Perkara yang nampak simple tapi aku takut sangat...
Termasuk hari nie dah lebih seminggu aku batuk...
Demam aku tak risau sangat tapi batuk memang buat aku kecut perut...

Batuk berlarutan mengingatkan aku pada situasi di penghujung tahun 2006...
Dah 5 tahun berlalu peristiwa tuh...
Masa tu aku batuk tak baik2 sampai 2 bulan lamanya...
Dah bermacam ubat aku cuba tapi menemui jalan buntu...
Memang seksa ditambah pula keadaan emosi yang tak stabil buat aku rasa diri sangat malang...


Ingat lagi masa tuh ada kursus yang di buat di makmal komputer...
Aku ingat penceramah tuh memang bengkek laa agaknya...
Para peserta kursus pun entah2 tak paham apa sebab suara batuk aku jer memecah hening...

Penghujung 2006 banyak benda nak kena selesaikan...
Aku dapat pindah ke kampung...
Urusan mengosongkan rumah sewa, cari lori nak punggah barang, uruskan duit deposit rumah, ucapkan selamat tinggal pada kawan2 yang terperanjat dengan perpindahan aku yang mengejut sambil melayan perasaan meninggalkan tempat yang kononnya aku nak menetap kekal...
Masa tu juga mak pergi ke Mekah menunaikan haji...
Masa hantar mak ke lapangan terbang tu aku masih batuk lagi...


Mak dah berlepas dengan selamat...
Kami adik-beradik sama2 kemas barang aku untuk bawa balik kampung...
Sehari sebelum tu akibat batuk banyak sangat badan aku jadi krem...
Masih aku ingat nak angkat cerek pun aku tak boleh...
Serius aku rasa terduduk sangat...
Gelap rasanya dunia nie...

Sesungguhnya, Allah itu maha pengasih...
Aku pergi urut badan kat Pontian atas saranan pakcik...
Dan di situ penyeksaan dua bulan tu berakhir...
Aku sangat bersyukur...
Peristiwa batuk tu boleh dianggap salah satu kenangan pahit dalam hidup aku...

Esoknya, kami balik ke kampung sekali dengan lori yang bawa barang2 aku yang sarat dengan kenangan...
Tinggal sayang tinggallah kenangan...
Tempat jatuh lagi dikenang inikan pulak tempat menyulam cinta...
Takde satu pun kenangan tu yang tercicir sepanjang perjalanan tu...
Semuanya aku simpan kejap di dalam hati...



Sepanjang perjalanan hujan tak berhenti...
Macam sama2 menangis dengan aku pulak...
Ada juga la barang aku yang rosak kena air hujan...
Rupa2nya perpindahan aku diiringi dengan hujan yang menyebabkan negeri Johor dilanda banjir paling teruk selepas 100 tahun...
Selepas itu agenda mengemas umah mak pulak supaya tak kena air banjir...

Aku memulakan tugas di tempat baru dengan menghadiri mesyuarat dengan menumpang di pejabat orang sebab tempat keja aku dinaiki air...
Tugas pertama aku pula gotong-royong membersihkan tempat kerja yang rosak akibat banjir...

Nie kawasan pekan yang dilanda banjir...
Motip aku masih simpan gambar 5 tahun lepas kan...

Lama dah cerita tu...
Tapi batuk nie mengingatkan aku pada semuanya...
Aku dah minta petua dari kawan2 tapi tak berkesan...
Hari Isnin lepas aku minta petua dari kawan2 di tempat kerja pulak...
Semua memberikan pendapat...
Aku tak boleh cuba serentak semua...
Tak tahu mana yang berkesan atau tak nanti...
Hati tergerak mengikut saranan dari seorang kawan...
Katanya cuba makan ubat sing sei...
Aku mana pernah makan ubat cam tuh...
Takpe la mungkin salah satu usaha...
Semalam aku pegi beli ubat tuh...
Indahnya dunia...
Hari nie batuk aku dah lega sikit walaupun belum sepenuhnya...
Oleh kerana dah berkurang barulah aku berani coretkan perasaan aku di sini...
Sebagai tanda syukur dan harapan supaya ianya terus hilang dari membelenggu diri ini...

Pada semua kawan2 yang memberikan saranan...
Terima kasih banyak2...
Sayang korang semua (",)

No comments: