Friday 24 February 2012

Minggu Ke 7 ~ Apa Sudah Jadi Dengan Raja Lawak 6

Ini pandangan daripada seorang yang bukan profesional...
Diulangi SAYA BUKAN PROFESIONAL dalam bidang ini...
Sekadar pemerhatian dari kaca mata yang jujur dan tulus...
Harap abaikan segala yang ditulis selepas ini kalau rasa ianya annoying...


Aku peminat tegar Raja Lawak sejak RL1 lagik...
Setiap musim aku mengikuti Raja Lawak dengan gigih...
Sangat gigih dengan passion yang sangat tinggi...
Pendek kata denyut nadi aku nie penuh dengan trivia Raja Lawak kot...

Hos Raja Lawak... Encik JoZan...

Beberapa minit lalu baru berakhir RL6 minggu ke 7...
Banyak sangat aku nak perkatakan...
Tapi aku tak tau nak mula menulis macam mana...

Peserta Raja Lawak 6 mengikut cif...

HAMPA...
Tu kot perasaan yang tepat buat masa nie...
Nie minggu ke 7..
Tapi aku rasa Raja Lawak macam rancangan kematian...

Jangan bandingkan RL6 dengan maharaja lawak atau maharaja lawak mega...
Tu kurang adil sebab peserta ML dan MLM tu pelawak profesional...
Cuba kita lihat minggu ke 7 Raja Lawak musim2 yang lepas...
Mereka sama2 amatur yang beratur masa uji bakat untuk masuk RL kan...

Nie persembahan Nabil masa minggu ke 7...
Masih segar dalam ingatan...
Nabil mencetuskan fenomena yang bukan sedikit masa tuh...
Nabil mengupas tugasan bebas dengan begitu kreatif...
Ya, dia amatur pada masa itu...

Hebat dan kreatif bukan...

Nie pulak kumpulan Cham...
Gabungan 2 orang yang tak mengenali antara satu sama lain...
Memang tidak serasi pada awalnya...
Tapi akhirnya inilah yang berjaya dihasilkan...
Penonton ketawa tak hengat dunia masa nie...
Ketawa yang ikhlas dari hati...

Cham... Seriusly lawak gred A...

Beralih kepada RL3...
Minggu ke 7 merupakan muzikal komedi...
Sepah punya persembahan memang memukau...
Walaupun ada berlanggar2 dialog sikit tapi tak menjejaskan persembahan...
Ya, aku akui Sepah ada bakat semula jadi yang sangat besar...

Sepah bukan peserta anak emas masa RL3...
Ada je yang tak kena kat mata pengkritik...
Tapi persembahan sentiasa mantap...
Muka selamba tapi takde istilah putus asa...

Komedi muzikal...
Persembahan hebat dari peserta amatur...

Nazmi semasa RL5 memang tak pernah menghampakan...
Walaupun dia gagal ke final...
Tapi persembahannya mempunyai sentuhan yang berbeza...
Nie persembahan nazmi masa minggu ke 7...
Penuh keyakinan...

Nazmi hebat tapi pelik nape sekarang dia tak nampak di mana2...

Tapi kenapa malam nie aku tak nampak segala kehebatan nie dalam RL6...
Apa sudah jadi...
Takde gelak ketawa penonton dalam studio...
Adakah studio itu kosong tanpa penonton...
Adakah penonton lupa nak ketawa...
Adakah penonton tak dibenarkan ketawa...

MANA SILAPNYA...???

Sapa yang salah ekh...
Peserta...
Hos...
Cif besar...
Cif kecil...
Penonton dalam studio..
Penonton di rumah...
Penerbit...
Disiarkan di astro warna

Ini idea aku secara kasar...
Apa yang aku nampak lawak bukan sesuatu yang boleh diajar secara tetap...
Bukan macam mata pelajaran matematik atau bahasa di sekolah...
Bukan juga rancangan nyanyian yang memerlukan guru vokal...
Bukan juga AF yang ada guru yang mengajar tarian...

Semua video yang aku paparkan di atas dari RL2, RL3 dan RL5...
Ketiga-tiga musim nie takde guru khas untuk peserta...
Yang aku ingat setiap minggu ada pengajar datang untuk beri tunjuk ajar...
Setiap minggu orang yang berbeza...

Contoh, RL2 ada syamsul ghau2, radhi khalid, mamat khalid dll...
RL3 ada ahmad idham, salih yaakob, sabri yunus dll...
RL5 ada nabil, shira, sathiya dll...
Ada ramai lagik tapi nie antaranya yang aku ingat...

Berbanding RL1 ada guru tetap yang dipanggil otai...
Otai masa tuh badul, jalil hamid, sabri yunus dan sorang lagi sape ekh...
RL4 pulak pengkritik tetap dan pengajar merupakan orang yang sama...
Mereka ialah afdlin shauki, bob lokman dan arwah din beramboi...
Orang yang sama...
Ajaran yang sama...
Pedagogi yang sama...
Idea yang sama...
Suruh ikut cara mereka kot...
Tersekat...
Stress...
MUNGKIN...

Bila RL6 awal2 dulu kata ada cif yang bertindak sebagai guru...
Aku dah cuak...
Tapi aku berfikiran positif...
Tapi malam nie membuktikan RL6 menyedihkan...
Sunyi tanpa gelak ketawa...
Apalah ertinya Raja Lawak kalau tiada orang ketawa...

TENTANG PENGKRITIK

Lagi satu isu yang agak penting juga...
Kaedah kritikan...
Bermula RL4 kritikan diberikan secara bergilir2...
Bukan setiap pengkritik mengulas setiap persembahan seperti sebelumnya...

Adilkah...
Relevenkan...
Lebih memusykilkan sekarang sheila rusly mengomen untuk setiap peserta...
Kalau undang2nya seorang peserta dikomen oleh seorang pengkritik...
Patuhilah undang2 yang kita cipta sendiri...

Kalau tak mampu patuhi peraturan itu sila hapuskan...
Dengan cara beri ketiga2 pengkritik komen setiap peserta...
Atau ambil khidmat sheila rusly seorang sudah cukup...
Itu lebih adil untuk semua peserta kan...


Kepala aku pening pulak...
Nanti la kalau ada idea aku sambung lagik...
Hurmmmm...

Nota Kaki : Ibu bapa dan guru marah anak/anak murid sebab mereka sayang.  Saya memaksa diri menulis entri ini pun kerana sayang...

No comments: