Wednesday 11 January 2012

Serba Tak Sempat...

Tahun baru nie serba sibuk...
Padat aktiviti kat opis nun...
Kadang2 aku rasa tak sempat nak menoleh pun...
Tapi sekurang2nya masih sempat bernafas... Hehe...!!!

Aku sebenarnya dah beli 3 buah novel hari tuh...
Yang pertama 'Diari Mat Despatch' tulisan Bahruddin Bekri...
Cuma 155 muka surat jer...
Patutnya aku boleh abiskan beberapa jam jer...
Tapi aku amik masa beberapa hari sebab menyambil a.k.a curi2 masa baca...
Aku dah ceritakan tentang novel nie pun dalam entri nie...


Yang kedua novel 'Cinta Tiga Suku' oleh Herna Diana...
Aku beli novel nie sebab seronok baca novel kedua beliau bertajuk 'Akhirnya Aku Kahwin'...
Aku baru baca 2 bab jer...
Seriusly tak sempat walaupun hati melonjak2...
Aku berhasrat nak baca sambil2 tunggu giliran rawatan braces Sabtu nie...


Novel seterusnya ialah 'Jangan Bilang Benci' tulisan Muna Mahira...
Baca sinopsisnya macam best...
Sebab tuh aku beli...
Walaupun aku tak berapa suka novel yang menceritakan tentang 'aku'...
Tapi sinopsis tuh memang memikat hati...

Huh...!!! Serba tak sempat...
Nie pun banyak keja lagik aku tak buat...
Mata pun asyik mengantuk je sekarang nie...
Bila la dapat bersenang-lenang nak membaca ekh...

No comments: