Saturday 21 January 2012

Al Fatihah Buat Izwan Pilus


Al Fatihah buat Izwan Pilus...
Moga rohnya dicucuri rahmat...


Semalam kakak aku beritahu Izwan Pilus telah menghadap ilahi...
Serius aku terperanjat...
Terdiam sekejap...

Teringat teman aku yang bertitle ustazah kata...
Ajal tak akan dapat dielak walau sesaat bila dah tiba masanya...
Dia masih muda...
Rasanya belum puas membalas budi kedua ibu bapanya...

Moga arwah damai di sana...
Banyak memori aku dengan dia...
Walaupun dia tak kenal aku sebenarnya...

Meminati adiknya Aril sekali gus mengheret aku ambil tahu tentang dia...
Berkuntum di forum Aril membuatkan aku turut tergila2kan dia...
Bukan gilakan dia betul2 cuma sekadar berhibur dengan kawan2...
Hingga akhirnya,
tak keterlaluan kalau aku kata nick name aku sinonim dengan dia...

Aku pernah bertemunya dua kali...
Pertama di gathering Aril di KL...
Satu-satunya gathering artis yang pernah aku hadiri seumur hidup aku...
Kedua di rumahnya di Nyalas melaka semasa raya haji tahun 2009...
Sebelum tu kami pernah berbual di telefon atas bantuan rakan forumer...

Aril yang aku kenali cukup rapat dengan abangnya nan seorang ini...
Pasti Aril dalam keadaan yang amat terkejut dan berduka lara ketika ini...
Begitu juga dengan Pak Pilus, Cik Normah, Kak Long Aril, adik perempuan dan anak2 saudaranya...
Mereka panggil dia Pak Lang...
Pasti mereka rasa kehilangan yang amat sangat...
Walaupun aku dah tak rapat dengan Aril lagi sekarang nie...
Tapi mereka masih kekal segar dalam ingatan aku...

Juga buat teman2 forumerku...
Walaupun ramai yang dah lost contact dengan aku sekarang...
Pasti mereka turut bersedih kini...
Aku pasti tentang itu...
Bertabahlah kawan2...

Memori Aku Bersama Arwah...
Tinggal Kenangan...

Akhirnya,
Buat Aril seisi keluarga...
Moga tabah dengan ujian ini...
Al Fatihah...


Nota Kaki : Gambar arwah Izwan di atas adalah gambar aku bersama dia semasa gathering Aril dulu.  Masih segar dalam ingatan...

No comments: