Saturday 14 January 2012

Dah Boleh Komen...

Walaupun kadang2 aku melabelkan diri aku forumer tegar di Cari Forum,
Namun sedar tak sedar dah lama aku tak masuk situ...
Apatah lagik nak berborak sakan macam dulu...

Sejak tempat aku berkuntum tuh jadi padang jarak...
Mula2 aku jengah jugak...
Lama2 terlupakan terus...

Padang jarak macam nie ker...???

Kekdahnya giler baca novel sekarang...
Banyak menda dah aku abaikan...

Semalam tak semena2 aku masuk Cari...
Demi terpandang ada PM aku pun baca...
Rupa2nya kawan aku ucapkan selamat tahun baru...
Baru aku sedar dah hampir 2 minggu aku tak masuk situ...

Selain mengucapkan selamat tahun baru...
Kawan aku juga beritahu...
Dia tak boleh nak tinggalkan komen dalam blog aku nie...
Dah lama katanya...


Sebenarnya...
Aku perasan juga blog aku langsung takde komen kebelakangan nie...
Walaupun aku sedar blog nie sekadar picisan je...
Ala2 menghembus bayu di pinggir bukit kekdahnya...
Tapi dulu ada la jugak komen seketul dua gitu...

Maka dengan sepantas kilat...
Aku pun gi tengok kat setting tuh...
Aku pun tak berapa faham sangat...
Tapi ada la yang aku adjust kat situ...


Sungguh tak disangka-sangka...
Hari nie blog aku dapat 3 komen...
Indahnya rasa...
Blog aku dah tak bermasalah lagi...

Terima kasih buat Sakura sahabatku...
Kerana beritahu aku tentang perkara nie...

Nota Kaki : Seriusly rindu giler nak berkuntum kat benang dengan Sakura macam dulu-dulu...

No comments: