Tuesday 10 January 2012

Diari Mat Despatch ~ Bahruddin Bekri

Sabtu lepas aku pegi kedai buku...
Nak dapatkan novel terbaru untuk aku baca...
Memandangkan aku dah mengheret sama anak sedara aku dalam hobi nie...
Maka aku pun suruh dia pilih satu novel jugak...

Mimi macam biasa tak tahu nak beli yang mana...
Banyak sangat pilihan mata jadi rambang...
Demi membantu dia cari novel yang sesuai...
Aku terpandang sebuah novel nipis bertajuk Diari Mat Despatch...


Satu yang jelas,
Novel ni berjaya buat aku mencapai dan membeleknya...
Hanya kerana rekaan kulitnya yang sangat menarik...
Konon2nya penulis menulis diari dalam buku laporan sains saje...
Covernya warna coklat...
Sudah tentulah mampu menarik minat aku sebagai peminat tegar warna coklat...

Aku sarankan Mimi beli novel tu...
Nampak cam sesuai dengan dia yang baru darjah lima...
Dia tak nak sebab dia kata nak beli siri novel Young Aisyah...
Nak beli novel Young Aisyah kena pegi pekan sebab kat bandar nie takde...
Kelakar kan...
Kat pekan ada tapi kat bandar takde... Haha...!!!

Balik dari bandar kitorang singgah di pekan...
Tujuannya nak beli novel untuk Mimi...
Mimi beli novel Young Aisyah bertajuk Summer Camp...
Eh, kat pekan pun ada gak novel Diari Mat Despatch nie rupanya...
Entah, sedar tak sedar aku dah beli novel tuh...

Hanya kerana kulitnya yang sangat cute...
Dan aku peminat warna coklat...
Sambil beli tuh aku boleh cakap pada Mimi...
"Nie Makdik beli nanti Mimi boleh baca sekali tau... Cite budak2 nie..."
Ermmmm... Masih aku ingat dengan jelas aku cakap cam tuh...

Betullah kata orang...
Jangan menilai buku daripada kulitnya...
Demi membaca...
Rupanya sangat bercanggah daripada yang aku fikirkan...

Novel nie mengisahkan diari yang ditulis oleh seorang mat despatch walaupun ada ijazah...
Kekeliruannya dalam mendepani hidup...
Tak pasti dengan hati sendiri...
Terutama dalam hal yang melibatkan perempuan...

Lebih tepat...
Dunia dari kaca mata lelaki...

Tentu sebagai seorang perempuan aku tak dapat membaca fikiran lelaki...
Dikisahkan keluh kesah, suka duka dan harapan seorang yang bernama lelaki...
Secara tak langsung,
Novel nie membuka mata aku tentang beberapa perkara dalam dunia nie...
Menjadikan kita berfikir lebih kritis selepas membacanya...
Contohnya, kenapa kita berhenti atau memeperlahankan kenderaan kalau ada kemalangan di tepi jalan...

Akhirnya,
Aku tawarkan anak sedara aku yang lelaki tingkatan dua tuh...
Aku kata ko lelaki sesuai baca buku nie...
Tentang ideologi kehidupan juga...
Nampaknya dia berminat...
Dan lagi dia habis baca sebelum aku...

Sehingga entri ini ditulis,
Aku masih tidak mengenali siapa Bahruddin Bekri...
Kalaupun beliau seorang novelis tersohor aku tak kenal beliau...
Aku baru kurang lebih sebulan menerjunkan semula diri aku ke hobi lama iaitu baca novel...
Cuma aku ada terpandang juga karyanya di kedai buku di pekan hari tu...
Tajuknya 'Lelaki Berkasut Merah'...

Masa aku gugel nak cari gambar cover novel nie...
Aku ternampak gambar Bahruddin Bekri...
Tak kusangka2...
Banyak rupanya koleksi novel diari beliau...

Sungguh, aku yang ketinggalan...

Bahruddin Bekri



No comments: