Friday 28 October 2011

Johan Raja Lawak VS Johan As'ari

Beria jer kan tajuk entri nie...Hehe...!!!
Okey...Biar aku berterus terang...
Aku nak dedikasikan entri nie buat 2 orang Johan...

BIODATA JOHAN RAJA LAWAK
Nama Penuh ~ Mohamad Yazid Lim bin Mohamad Aziz
Tarikh Lahir ~ 13 Jun 1984
Asal ~ Ampang, Selangor
Pencapaian ~ Tempat ketiga Raja Lawak Musim Pertama, Naib Juara Maharaja Lawak dan Top 5 ABPBH
Isteri ~ Ozlyn Wati
Anak ~ Ali dan Soddiq


BIODATA JOHAN AS'ARI
Nama Penuh ~ Johan Arrif bin As'ari
Tarikh Lahir ~ 1986
Asal ~ Pulau Pinang
Pendidikan ~ Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, Indonesia
Adik-beradik ~ Kedua daripada empat beradik
Kakak ~ Farah Alya As'ari


KERANA JOHAN AKU KENAL JOHAN
Aku minat Johan Raja Lawak dah lama...
Sejak berakhirnya Raja Lawak 1 lagik...
Masa tuh aku tak berkesempatan tgk RL secara langsung...
Bermula dari Lawaking aku terus minat Johan dan Zizan secara pakej sampailah sekarang...

Tentang Johan As'ari pulak aku kenal sebab Cinta Elysa...
Aku tertengok Cinta Elysa sementara tengah tunggu Edisi Khas yang ada Johan RL tuh...
So, bole aku katakan aku kenal Johan As'ari kerana Johan RL...
Cute khennn...Hahaha...!!!


NAMA JOHAN
Aku pernah baca dulu2 Johan RL saje letak nama dia Johan sebab kalau dia kalah RL dia tetap menang sbb nama johan tuh...
Sampai skg Johan masih guna nama Johan Raja Lawak tapi as long as Zizan dan guna nama Zizan Razak dalam cite Hantu Bonceng tak salah kot Johan pun cari nama yang lebih gramatis...
Secara peribadi aku suka kalau Johan guna nama Johan Lim sbb nama tuh comel dan komersial...
Pandai2 je kan aku...Hehe...!!!
Lepas nie bile aku sebut Johan Lim tuh merujuk kepada Johan Raja Lawak la yer...

Johan as'ari pulak memang nama betul dia la kannn...
So, tiada persoalan...

KELUARGA JOHAN
Johan Lim dan Ozlyn Wati

Johan dan Ozlyn di hari perkahwinan mereka...

Moga Johan dan Ozlyn Wati bahagia ke akhir hayat...

Keluarga Johan As'ari...
Amik gambar nie dari fesbuk ibu Johan, Datin Firdaus Kader
Memandangkan gambar ni tak dikunci so rasanya takde masalah kot letak kat sini...

Nie Farah Alya kakak Johan As'ari...
Aku dah kenal lama dia nie sebab dia berlakon dengan Nabil 
dalam rancangan Fikirlah Sendiri Nabil...
Lagi tentang Farah Alya di sini.

BOLA
Setahu aku Johan Lim minat kelab bola sepak Arsenal...
Buktinya dalam Maharaja Lawak dulu hampir setiap minggu dia pakai baju Arsenal...


Masa drama Drogba VS Rooney,
Johan kena pakai baju Chelsea sebab konon2 dia minat giler Drogba...
Dia kata tuh dalam lakonan sajok...

Johan buat aksi sentap hati mak nak kat Chelsea...Hehe...!!!

Nampaknya aku tak sehaluan dengan Johan sebab kelab bola yang aku minat ialah Bayern Munich...
Walaupun dah lama tak tengok bola tapi hati aku masih kat Bastian Schweinsteiger lagik...Hehe...!!!


Johan As'ari pulak dalam fesbuk dia aku ada jumpa gambar yang mengatakan dia peminat setia Brazil...


Nampaknya aku pun tak sekapal jugak dengan Johan yang nie sebab aku penyokong Jerman...
Pemain Jerman yang aku minat ialah Bastian Schweinsteiger dan Mesut Ozil...


KONTROVERSI
Johan Lim memang terkenal dengan banyak kontroversi sebelum nie...
Sebagai peminat tegar rasanya suma kontroversi dia ada dalam kocek aku...
Ada satu tuh hangat didebatkan di forum...
Serius setiap post dalam benang tuh aku baca tapi setitik komen pun aku tak turunkan sebab aku tak tau nak komen apa...
Antara lain kontroversi Johan Lim ialah kes dia dibaling gelas...
Tapi bertitik tolak dari kes itu juga rezeki Johan Lim melimpah ruah sampailah sekarang...
Aku ingat lagik penampilan semula Johan Lim lepas kes itu ialah dalam rancangan Oh Yeah di Astro Warna...
Dia potong rambut pendek giler masa tuh...


Johan As'ari juga tak terlepas dari kontroversi...
Aku tengok kat Galaksi bukan main hebat temuramah pasal kisah Johan As'ari dan Izreen Azminda...
Hangat jugalah sampai nak ditemukan berdua bagai gitu...
Perlu ker...Hurmmm...!!!
Tak terlepas juga pasal Johan As'ari dengan Fasha Sandha...
Komen aku senang jer...
Artis baru nak naik ramai la yang kejar kan...
Mungkin Johan As'ari ada juga silapnya memandangkan dia belum mahir dalam mengeluarkan kenyataan kepada wartawan sebab dia masih baru...
Takpe dik, masa akan mengajar awak menjadi lebih matang...

Temuramah Oleh Wartawan Galaksi

Aku nie dah cam buat karangan berjela pulak dah...
Ruangan dedikasi katanyer khennn...Haha...!!!
Kalau ikut format karangan mestilah ada pendahuluan, isi dan penutup...
So, sebagai penutup aku sentiasa mendoakan both Johan sentiasa sihat dan bahagia dengan kehidupan diorang, berjaya dalam kerjaya, mengekalkan segala yang baik dalam diri, mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik dalam segala segi.
Amin Ya Rabbal Alamin...

Nota Kaki : Bestnya kalau dapat tengok Johan Lim dan Johan As'ari berlakon sama-sama...

1 comment:

akudarikayangan said...

hehehehehe caya la johan lim kita tu sokong arsenal....hehehe i loike.....