Tuesday 6 December 2011

Akukah Yang Tak Normal...

Sejak suka lepak kat blog nie aku belajar blogwalking...
Pernah dengar tapi tak pasti konsepnya...
Ooo sebab tu rupanya teman forumer suruh letak shoutbox dalam blog...
Tu lah kefungsiannya untuk berbalas kunjungan...

Jalan tapi atas kerusi...

Kalau ada masa aku akan blogwalking dan tinggal jejak juga di sana...
Ternyata aku rasa kerdil sebab blog diorang suma cantik n canggih belaka...
Berwarna-warni dan nampak terkini...

Hasil pengamatan aku majoriti blogger yang rajin blogwalking nie
  • muda remaja
  • belasan tahun
  • masih sekolah
  • pelajar IPT
  • jiwa / darah muda
Remaja riang ria...

Jauh berbeza dengan aku...
Yang bertaraf akak ataupun sesetengah mungkin boleh panggil aku makcik...
Bila baca blog budak 16 tahun aku terfikir apa aku buat masa umur tu...
Bila baca blog budak IPT aku teringat zaman aku belajar dulu...
Masa tu internet belum meluas jauh sekali aku nak kenal blog2 segala nie...

Sebenarnya aku ada dua akaun fesbuk...
Satu untuk kwn sekolah, kwn belajar, kwn kerja dan sorang dua sepupu...
Satu akaun lagik aku add segala artis, pemain bola dan kawan2 forumer...
Untuk kedua-dua akaun aku main game dengan giat terutama Farmville...


Tetiba aku tergerak nak cari kawan2 aku yang ada blog...
Sebelum nie aku ada baca blog sorang kawan sekolah aku dulu...
Kami sekelas dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5...
Walaupan berpindah sekolah kami kebetulan ke sekolah yang sama...

Kejap tadik aku dapat mengesan beberapa blog kawan sekolah aku...
Aku carik kat info fesbuk diorang...
Demi membacanya aku amat terkesima...
Ruang lingkup kehidupan mereka sangat berbeza dengan aku...

Entri berkisar tentang 
  • Resepi baru yang dicuba
  • Menu yang dimasak untuk keluarga
  • Aktiviti anak2 contohnya pertandingan melukis
  • Kebolehan anak contohnya pandai cakap pandai jalan
  • Tak kurang juga yang berniaga jual kek

Sedangkan aku...
  • Entri aku paling popular pasal artis...
  • Aktiviti harian aku paling glamer main games kat fesbuk...
  • Sahabat maya aku dari kalangan forumer...
  • Masak pun aku haram tak reti

Akukah yang tak normal...
Ternyata kehidupan kami amat berbeza...
Walaupun kami pernah sama2 amik PMR dalam satu dewan dulu...
Tapi itulah kehidupan...
Kalaulah diorang tahu pasal kewujudan blog aku nie...
Sure diorang cakap walaupun dalam hati...
"Hape menda blog ko nie..."


Dalam pada termenung depan lappy aku teringat kakak aku pernah cakap...
Kawannya yang single macam kami blognya penuh dengah kisah K-POP jer...
Kawan tuh siap gi konsert segala macam...
Entahlah aku pun tak pasti Big Bang ker, 2AM ker, 2PM ker, 2 pagi ker...
Pendek kata ke hulu ke hilir gigih dengan kegembiraan sendiri...

Jadi kesimpulannya...
Aku selesa dengan kehidupan dan kegembiraan aku sendiri...


Tiada keraguan...
Wallahu a'alam...

No comments: