Sunday 25 December 2011

Cinta Pandang Ke-2 ~ Laila Kamilia

Seperti dijanjikan walaupun dah lambat rasanya...
Nie novel sulung yang aku baca setelah aku buat comeback baca novel setelah lebih sedekad lamanya bersara...
Wah!!! Kekdah buat comeback cam artis la pulak khennn...
Seriusly aku memang tak sangka langsung dah 3 buah novel aku baca setelah wat comeback nie... Haha...!!!


Novel nie tajuknya Cinta Pandang Ke-2...
Sejujurnya aku beli novel ni semata2 kerana tertarik dengan sinopsisnya...
Seperti aku pernah kisahkan di sini aku baca novel nie dalam masa exam...
Jadi ia memberi memori yang sangat besar dalam hidup aku...

Biar aku kisahkan pengalaman aku...
Demi aku membaca cerita nie aku tercari2 apa yang cuba disampaikan...
Yang pasti, ceritanya tak seperti yang aku gambarkan melalui sinopsis di belakang tuh...
Berulang2 kali aku ulang baca sinopsis sambil dalam hati kata bile nak sampai part nie ekh...

Bila aku dah habis baca novel nie,
aku baca ruangan penghargaan dan tinta penulis yang dicoretkan oleh penulisnya...
Ohhh...Barulah aku faham rupa2nya novel nie diangkat dari kisah benar...
Kisah malang seorang gadis bernama Ainnur Azleen...
Sebab itulah pergerakan novel itu begitu...
Jadi terjawablah segala yang aku musykilkan itu...

Antara lain novel nie menceritakan tentang seseorang yang hidup dibelenggu masa silam...
Watak hero dan heroin terjerat dalam masalah yang sama walaupun situasi berbeza...
Aku percaya ramai di antara kita di atas bumi Allah yang ada masalah seperti itu...
Melarikan diri dari bayangan silam dengan pelbagai cara...
Aku tergolong dalam mereka2 itukah...???

Aku kagum dengan bahasa yang digunakan penulis...
Lebih kagum bila beliau menulis begini dalam ruangan tinta penulis...

Sebagai seorang penulis, saya mahu menulis cerita yang plotnya jelas dan nyata sedangkan sebagai seorang ibu, saya tidak mahu anak saya malu membaca karya saya suatu hari nanti.

Semakin akhir cerita nie semakin mencabar...
Banyak juga ilmu baru yang aku dapat...
Sesungguhnya aku sangat kagum dengan penyudahan cerita nie...
Sangat hebat, cute, segar dan lain dari yang lain...
Sampaikan dalam hati aku terdetik 'Oh! ada ekh macam tuh'...
Nampak sangat pengetahuan tak berapa nak luas kan...Hehe...!!!

So, kepada sesiapa yang terbaca entri nie...
Aku cadangkan baca novel nie...
Mungkin ia akan membuka mata kita...
Forgive and forget!

1 comment:

LK said...

terima kasih dik kerana sudi baca dan bagi review.