Friday 30 December 2011

Debaran Maharaja Lawak Mega...

Malam nie final Maharaja Lawak Mega...
Walaupun aku kurang sangat wat entri pasal MLM nie tapi sebenarnya tiap2 minggu aku tak pernah miss tonton program nie secara live...


Malam nie mempertemukan 4 peserta dari 3 buah negara...
Malaysia, Indonesia dan Singapura...
Finalis terdiri daripada Boboi, Osbon, Seahu dan Syok...
Semuanya kumpulan takde yang solo...
Dua duo dan dua trio...

Bagi aku setiap finalis nie ada kekuatan tersendiri...
Kat sini aku nak kongsikan persembahan terbaik diorang dalam tempoh 9 minggu nie...
Yang nie pendapat aku laa khennn...
Pendapat orang lain aku tak tau...


Nie persembahan Boboi masa tema cinta...
Seriusly comey giler Harus Salim Bachik jadi Najwa gegerl tuh...
Pastuh comey gak Afdlin sebut 'dowh' tuh...
Walaupun maknanya bodoh tapi takpelah abaikan jer...
Anggap je la bunga bahasa khennn... Huhu...!!!
Part paling lucu bile Najwa kata " Kite tau CPR"...
Then dia kata makna CPR tuh dah rupa kelab bola sepak pulak...
Lagik satu aku suka bila Afdlin sebut "sama arr dengan kite"...
Serius kelakar giler...

Aku memang peminat filem2 Afdlin Shauki...
Aku peminat rancangan2 dia di Astro Warna seperti Redah Kasi Pecah, Oh Yeah!, Spontan dan lain2...
Segala rancagan yang mengheret orang2 yang aku minat iaitu Johan, Zizan dan Nabil...
Aku tau Afdlin sangat minat dengan Harun sehinggakan dia mengheret Harun dalam segala filem dan rancangan tibi dia sehinggalah Harun boleh jadi hero dalam filem My Spy bersama AC Mizal...
Inilah bukti minat Afdlin pada heronya tu...

Harun Salim Bachik pulak lebih sinonim dengan watak Remy dalam siri Rumah Kedai yang dulu disiarkan setiap kali bulan Ramadan masa aku kecik2 dulu...
Bahkan sampai sekarang kadang2 aku masih tersebut nama Remy kalau menyebut nama Harun...
Dalam cite Rumah Kedai tuh Remy nie jadi pekerja nakal yang berkawan dengan Tapa...
Masa tuh Harun masih muda sangat...

Aku harap sangat malam nie Boboi dapat wat yang terbaik dari ladang dan lautan dalam...


Osbon boleh aku sifatkan sebagai peserta underdog dalam MLM nie...
Bermula dengan biasa2 jer masa peserta masih 17 lagik...
Tetiba buat persembahan yang boom dan mengekalkan momentum persembahan tiap2 minggu...
Seriusly aku kagum dengan Os dan Abon...
Os memang pernah tersohor suatu masa dulu tapi dah stop sekejap dalam arena lawak nie...
Abon pulak rasanya bukanlah pelawak yang glamour sangat suatu masa dulu...
Tapi mereka membuktikan usia bukan penghalang...
Mereka mampu menghidangkan lawak yang terkini setaraf dengan jiwa anak muda sekarang...
Tahniah buat uncle Osbon...
Saya memang tabik spring...


Ahli kumpulan Seahu yang aku kenal cuma Bocil Bancin jer...
Beberapa kali jugak tengok dia berlakon slot Cerita Dongeng kat tibi...
Salah satunya dia bawa watak pari-pari bernama Rumput Teki...
Ternyata Seahu merupakan peserta dari Indonesia yang terbaik...
Banyak persembahan diorang yang lucu tapi bagi aku tang muzikal komedi nie yang terbaik...
Comel sangat bile Bocil duduk dalam besen tuh...
Selamat maju jaya Seahu...
Moga tak serik datang ke Malaysia...


Nie perserta wakil Singapura...
Walaupun terselit sorang ahli dari Malaysia...
Aku rasa Astro sepatutnya tak mengeluarkan kumpulan Gebu masa minggu ketiga dulu...
Tengok beberapa minggu dulu baru pilih nak bawak Syok atau Gebu...

Ada orang kata persembahan muzikal komedi Syok yang paling best...
Tapi bagi aku yang tiru gaya artis nie terbaik...
Terbaik sebab apa?
Sebab aku suka tengok anak sudin tuh jadi ahli kumpulan Bawel...
Teramat cute...
Ifa Raziah pun betul2 dalam watak Anita Sarawak yang menjadi...
Tahniah kumpulan Syok...
Moga dapat perfom dengan baik malam nie...

Secara keseluruhan,
aku ada pandangan sendiri siapa yang akan menang malam nie...
Tak taulah tekaan aku betul atau salah...
As long as markah penjurian 70% dari juri so rasanya tak payahlah gigih benar nak mengundi sebab aku rasa juri atau Astro dah ada calon juara mereka sendiri...

Semoga berjaya untuk semua finalis Maharaja Lawak Mega...
Peace Yaww...!!!

Nota Kaki : Suka sangat bila AC masuk tergedik2 setiap kali peserta habis persembahan... Kena saje kat mata aku nie... Ahh...!!! Aku memang peminat tegar 4U2C... Yo 4U2C Oh Yeah...!!!

No comments: