Tuesday 22 November 2011

Tahniah Harimau Muda...

Baru kejap tadik aku menggigil2 terketar2 lutut cam nak ujian lisan SPM...
Baru kejap tadik aku berdebar2 cuak cam nak amik lesen keta...
Baru kejap tadik aku rasa tak tentu arah cam dalam bilik temuduga kerja...
Baru kejap tadik aku seram giler cam nak wat pembedahan dulu...

Inilah semangat kesukanan...
Inilah realiti bile menonton pertandingan yang melibatkan pasukan negara...
Tadi bukan main aku menjerit bile Malaysia menang...
Tadi bukan main aku melompat lepas sepakan terakhir membolosi gawang...


Aku akui aku memang tak pandai bersukan...
Lebih tepat aku nie si pemakai tanda nama 'kaki bangku'...
Tapi untuk pertandingan bola sepak aku suka tonton gak...
Lebih2 lagi bile anak sedara aku yang lelaki makin besar nie...


Tahniah Harimau Muda...!!!
Anda wat yang terbaik dalam perlawanan kejap tadik...
Bangga dengan aksi diorang semua...
Paling aku puji ialah diorang sangat tenang menghadapi tekanan...

Aku tak kenal ramai pemain Harimau Muda sebenarnya...
Kalau Harimau Malaya tuh bole laa...
Paling aku minat dalam Harimau Muda nie ialah Muslim...
Pastu sudah pastilah penjaga gol kebanggaan negara Khairul Fahmi...

Mohd Muslim Ahmad

Khairul Fahmi Che Mat

Sebenarnya pemain negara paling aku minat Amirulhadi, Muslim dan KFCM...
Aku suka pemain bola yang lariannya cantik...
Adakah skill tu penting tuk seorang pemain bola sebenarnya?
Haha...!!! Aku tak tau tapi sebab tu la aku suka Amirulhadi dan Muslim...

Dalam permainan tadi Muslim ketara menunjukkan peningkatan kematangan dalam permainannya...
KFCM dah tentulah tak boleh disangkal terbaik dari ladang dan lautan dalam...Hehe...!!!

Tahniah Malaysia kerana berjaya membawa pulang pingat emas...
Malaysia Boleh...!!!

No comments: